Putrajaya, 28 Mac- Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang meminta penumpang penerbangan QR866 Qatar Airways dari Doha ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada minggu lalu agar menghubungi jabatan tersebut.
Permintaan itu melibatkan penumpang QR866 Qatar Airways dari Doha ke LTAPP yang tiba pada 19 Mac lalu, jam 2 petang.
“Mohon semua penumpang yang menaiki penerbangan ini untuk terus menghubungi Bilik Gerakan, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut di talian 04-2818900.
“Kerjasama anda amat kami hargai,” tulis jabatan itu.
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral
Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press
Sumber : SK
Be the first to comment on "Penumpang Penerbangan QR866 Qatar Airways Dari Doha Yang Mendarat Di Pulau Pinang Pada 2 Petang 19 Mac Diminta Segera Hubungi Jabatan Kesihatan"