Ibu kepada pengacara dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mencuri perhatian wargamaya apabila beraksi bersama anaknya Ameera Khan menerusi satu babak filem Do Re Mi.
Menerusi laman sosial Instagram, Kartini memuat naik video tersebut untuk tatapan umum. “Hari ni kena jadi laki LMK (Little Miss Khan). Queen control la pulak ye!” tulis Kartini di ruangan kapsyen.
Menerusi babak filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tersebut, Kartini menjadi Re manakala Ameera memegang watak sebagai isteri Re yang pemarah. Hasil tinjauan di ruang komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi dua beranak ini.
1.“Hahahaha kiut aunty! Buat dengan Neelofa macam ni please,” tulis seorang wargamaya.
2.“Allahuuu comelnya baby dan datin!” komen seorang wargamaya.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral
Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "[VIDEO] “Queen Control Pulak Ye!” – Jadi Suami Ameera Khan, Aksi Do Re Mi Ibu Neelofa Ini Cuit Hati Netizen"