Penduduk Acheh dpt Khabar Gembira Selepas Selamatkan Pe1arian R0hingya

HASIL ujian saringan C0vid-19 dilakukan terhadap 99 pelarian Rohingya yang mendarat di perairan Aceh Utara disahkan negatif virvus itu.

Ketua Penerangan Kesihatan Daerah Aceh Utara Amir Syarifuddin berkata, ujian itu dilakukan terhadap 48 pelarian wanita, 17 lelaki dan 34 kanak-kanak.

Semua Negatif

“Kita sudah lakukan ujian rapid terhadap 99 orang, selesai jam 11 malam (waktu tempatan), semuanya negatif C0vid-19,” katanya.

Ujian saringan Covid-19 itu dilakukan Pertubuhan Migran Antarabangsa (IOM) yang menyatakan pihaknya ke lokasi penempatan sementara pelarian itu di Lhokseumawe, Aceh untuk memberikan bantuan ubat-ubatan.

Ketua Misi IOM Indonesia, Louis Hoffmann berkata, hasil ujian saringan Covid-19 yang dilakukan pada Khamis lalu menunjukkan semua pe1arian negatif w4abak itu.

Khabar Baik

“Ini adalah khabar baik kerana kami bimbang sekiranya berlaku jangkitan daripada pelarian kepada penduduk setempat,” katanya.

Bagaimanapun, Amir Syarifuddin berkata, sebahagian besar pelarian itu dalam keadaan lemah kerana mengalami dehidrasi dan kekurangan makanan selepas berhari-hari berada di lautan.

“Tidak ada yang memerlukan rawatan di hospital, mereka hanya dirawat di penempatan sementara,” katanya.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 94 warga Rohingya ditemui dalam keadaan lemah dan kebuluran atas kapal di perairan utara Indonesia, di Aceh.

Menurut pihak berkuasa Rabu lalu, semua mereka ditemui oleh tiga nelayan pada lewat Isnin kira-kira enam kilometer dari pantai

Reaksi netizan

“Mulia sungguh Indonesia… Jaga baik2 rohingya ya.. Huhuhu..”

“Alhamdulillah. Mulia sungguh hati negara Indonesia ni. Kami rakyat Malaysia berasa sgt lega dan bangga”

“Kemain mulia hati org indonesia siap bantu rohingya dalam kesusahan padahal org ko sndiri bersepah lagi kt malaysia ni xnk kutip bw blk bagi bantuan..ko tnggu lah kedai aceh rokok seludup pun xde dh lepas ni”

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Penduduk Acheh dpt Khabar Gembira Selepas Selamatkan Pe1arian R0hingya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*