Masjid Pertama Di Singapura Sediakan Tempat Tidur Buat Gel4ndangan

Melihatkan orang yang tidur di tepi jalan, tiada tempat untuk berteduh sememangnya mampu menyentap emosi. Namun ada juga yang berfikiran neg4tif mengenai golongan ini. Apa-apa pun kita tidak tahu apa masalah yang mereka hadapi dan tidak adil untuk kita menghakimi golongan ini.

Terbaru sebuah masjid yang diberi nama Masjid Sultan yang terletak di Singapura mengambil inisiatif untuk menyediakan tempat tidur bagi golongan gel4ndangan di sana.


Lelaki gel4ndangan melelapkan mata di mana saja yang boleh. Foto sekadar hiasan

Masjid yang berusia hampir 200 tahun ini akan menyediakan ruangan khas untuk berehat dan tidur pada waktu malam dalam perkarangannya bagi golongan yang memerlukan.


Masjid Sultan Singapura

Menurut Pegawai Pembangunan Sosial Masjid Sultan, Muhammad Aizuddin Jamaludin, ruang yang digunakan bagi inisiatif tidak akan menganggu ruangan solat kerana ia bukan berada di dewan solat atau bangunan utama masjid.


Ruangan tidur yang disediakan

Ruang yang disediakan adalah di sebuah bilik dalam dewan serbaguna di Bangunan Tambahan Masjid Sultan. Setakat ini perkhidmatan ini disediakan hanya buat lelaki namun menerima tidak kira bangsa dan agama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Berita Mediacorp via HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Masjid Pertama Di Singapura Sediakan Tempat Tidur Buat Gel4ndangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*