Kekasih Belikan Anggur Mahal Harga Cecah RM148 Segugus… Ruhainies Kongsi Video!

Pelakon Ruhainies awal semalam ada berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram yang merakamkan video segugus anggur yang dipercayai telah dibeli kekasih hatinya.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian peminat adalah kerana harga yang tertera pada pek anggur berkenaan yang berharga RM148.00!

Malah, bintang drama Jejak Karmilla itu sendiri turut beri pesan kepada mereka di luar sana agar ambil tahu atau monitor pasangan andai membeli sesuatu item.

“This is what happened when you let your boyfriend buy you some “fruits”. Anggur dapat berapa ketoi ja. 😂 ni baru tengok satu barang. Tak check lagi yang lain. Jenuhhhh. Nak tanam anggur la lepas ni sayang @elffjohan

“Rasa anggur ni sama je dengan yang 10 inggit punya ye kawan kawan. hampa kena monitor naaaa boyfriend/suami hampa kalau belikan barang. hahahahaha  #okstressnaktidoqla,” tulisnya lagi.

Lalu menerusi ruangan komen, ada yang terkejut dengan harga yang tertera dan ada juga yang berpandangan bintang berkenaan berhak untuk mendapat layanan tersebut dari insan tersayang.

Bagaimanapun mengikut harga pasaran semasa, anggur dari jenis ‘Shine Muscat’ tanpa biji sememangnya lebih mahal berbanding anggur lain kerana rasa dan saiznya yang lebih besar. Ia popular di Jepun khasnya di daerah Okayama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The best gift Allah gave me is you, @elffjohan 💝 . . 📸: @budak.tadika

A post shared by @ ruhainies7 on

 

Untung Ruhainies!

Foto: Instagram Ruhainies

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kekasih Belikan Anggur Mahal Harga Cecah RM148 Segugus… Ruhainies Kongsi Video!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*