Selepas Beri Makan Kucing, Lelaki Ini Dapat Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka

Sering kali kita dengar, bila makan di restoran kalau nampak kucing datang dekat kita jangan lah halau atau sepak kucing tu. Beri kucing tu sedikit makanan kita, sebab apa? Sebab kucing tu pembawa rezeki. Tiap kali kamu beri makan kepada kucing, berdoalah inshaaAllah dimakbulkan doa anda.

Malah ada juga yang berkata sekiranya mahu murah rezeki, antara amalan yang digalakkan adalah dengan memberi kucing makan.

Rezeki akan datang kemudian dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi ia akan datang dalam sekelip mata, boleh jadi juga ia datang kemudian hari.

Buktinya memang ada dan banyak kali berlaku kepada individu yang menceritakan kisah mereka di laman sosial. Hal sama telah berlaku apabila pengalaman mendapat rezeki sebaik memberi kucing makan telah dikongsikan oleh seorang warganet di akaun Twitter beliau.

“ Kucing itu dihantar Allah nak tengok hang bantu dia ke tak.” Itu reaksi seorang rakan terhadap Muhammad Aidil Zharif Zaikimi, 19, selepas seseorang membayar makanannya sebaik memberi kucing makan, baru-baru ini.

Peristiwa itu berlaku di sebuah restoran di Alor Setar, Kedah ketika penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu bersarapan sebaik selesai solat Subuh.

Mungkin nilai yang dibayar tidak sebesar mana namun ia sudah cukup menggambarkan keberkatan kerana hanya beberapa minit selepas dia memberi makan kepada haiwan jalanan itu.

Muhammad Aidil Zharif berkata, ketika itu restoran terbabit baru saja dibuka dan terdapat tiga pelanggan termasuk dia.

“ Mula-mula saya terdengar bunyi mengiau dan kemudian datang dekat saya. Saya pun memberi ayam goreng dan kucing itu terus makan mungkin disebabkan kelaparan.

“ Sebaik selesai makan, saya beratur di kaunter untuk membayar tiba-tiba pekerja terbabit memberitahu sudah ada orang membayar.

“ Saya tertanya-tanya siapa yang membayar sedangkan saya tidak mengenali pelanggan yang makan ketika itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Susulan itu, Muhammad Aidil Zharif memuat naik status di Twitter.

” Kisah lepas Subuh tadi aku pi breakfast dekat kedai mamak , kucing ni lapar asyik meow ja so aku bagila ayam sikit . Alhamdulillah Allah itu Maha Pemurah . Time nak bayar dekat kaunter , “Dik , ada hamba Allah dah tolong bayarkan minuman dan makanan adik” Thankyou !!! – tulis Aidil

Status berkenaan mendapat lebih 20,000 tanda suka serta 15,800 ulang ciapan dari kalangan warga maya.

Rata-rata memuji perbuatan Muhammad Aidil Zharif selain netizen berkongsi kisah masing-masing mendapat rezeki tidak terduga.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: hmetro dan @AidilZharif

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas Beri Makan Kucing, Lelaki Ini Dapat Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*