DS Aliff Syukri Minta Izin Pujuk ISteri Mahu Beli Baju RM200k, Tapi Ini Respon Win DS Shahida

Pengurusan kewangan dan membelanjakan harta adalah amanah Allah SWT. Ia satu keperluan bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan menjamin seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan akhirat.

Sistem ekonomi Islam lebih memfokuskan kerohanian dan kesejahteraan sejagat di mana nilai etika diterapkan cuba mengurangkan fokus keperluan manusia terhadap kebendaan serta pembaziran. Kesannya, seorang Muslim boleh mengawal kehendak hati yang sentiasa bercambah supaya lebih terpimpin.

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Instagram, Aliff dilihat bersuara lunak meminta izin isterinya DS Shahida untuk membeli satu jaket berjenama Supreme.

Kalau sebelum ini Aliff Syukri suka berbelanja barangan mewah seperti LV dan sentiasa memuatnaik di laman Instagramnya, kini Aliff mahu memakai pakaian streetwear pual.

Pakaian streetwear seperti jenama Supreme ini bukanlah murah walaupun rupanya tidak nampak mewah.

Baju yang mahu dibeli oleh Aliff berharga RM200 ribu dan dia meminta izin isterinya terlebih dahulu sebelum membelinya.

Rata-rata netizen terkejut dengan jawapan Shahida dan memujinya yang tenang dengan perangai suaminya itu.

Kalau cakap baik-baik dengan isteri, minta izin nak beli barang , confirm isteri bagi. Boleh beli barang mahal, tapi siap sedialah poket bila turn isteri pulak shopping Korang jangan lupa layan Trek Selebriti bersama DS @aliffsyukriterlajaklaris dan hos @aliffarhan_jr @cch_apdcrew

nofao7–“HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA..betulaa apa isteri dia ckp..kita ada duit beli jelah..duit tu kita usaha soo yeahh belilaa apa yg kita nak”

eijahmat– “steady ah datin”

Sebelum ini Aliff Syukri telah mengeluarkan zakat sebanyak RM1.2 Juta untuk tahun ini.

Alhamdulilah sy telah selesaikan tanggungjawab wajib kepada mereka yang memerlukan.. Setiap hasil keuntungan yg diperoleh dprd perniagaan @as.legacymalaysia

saya sedar hasil ini juga hak milik mereka yg memerlukan.. Perniagaan yg dibina ini bukan semata-mata utk mengumpul kesenangan milik sy seorang..

Sy telah miliki segalanya dan sebahagian drpd harta kesenangan ini akan sy berikan kpd mereka yg memerlukan..

Terima kasih kpd semua yg sentiasa menyokong @as.legacymalaysia sehingga saya mampu mengeluarkan Zakat sebanyak 1.2 Juta pada tahun ini.. Alhamdulilah di atas rezeki Nya.. .

https://www.facebook.com/269352170190808/posts/753131318479555/

Kebanyakan netizen memuji apa yang dilakukan oleh Alif dan mendoakan supaya dirinya sentiasa dimurahkan rezeki.

Sesungguhnya menguruskan kos sara hidup bukan semata- mata mengenal pasti jenis keperluan dan kehendak individu, sebaliknya ia turut merangkumi keperluan mengenal pasti peningkatan harga barang, mengatur strategi meningkatkan pendapatanserta menguruskan pendapatan dengan bijak.

Kesungguhan untuk menguruskan kewangan diri dan keluarga bukanlah satu perkara mudah, seharusnya dibuat secara kolektif dengan mengamalkan perbincangan bersama pasangan berkenaan kos perbelanjaan harian, tabungan pendidikan anak, simpanan persaraan, takaful, pengurusan hutang.

“Tolong Delete, Jangan Malukan Suami Sendiri Please” – Isteri Kongsi Kisah Cinta

steri usahawan kosmetik senasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida ada mendedahkan kisah percintaannya bersama suaminya itu menerusi Instagram, semalam.

Menurut Shahida, hubungan mereka bermula apabila Aliff terlebih dahulu ‘menguratnya’. Namun, ia dinafikan si suami.

Walaubagaimanapun, perkara tersebut itu terbongkar selepas Shahida terjumpa foto mereka di dalam suami saat mereka sedang berkawan.

“Lelaki ni bila dah kahwin suka x mengaku dia yg suka kat kita..semua nya kita lah yg mengorat dia.

“Ni bukti @aliffsyukriterlajaklaris yg mengorat saya sebab saya nampak gambar ni dlm bilik dia waktu tu kita orang kawan2 je.

“Dah terbukti siapa yg mengorat siapa!! jgn x mengaku…admire dalam diam nampak,” tulisnya lalu diselangi dengan komen netizen yang rata-ratanya terkejut dan terhibur.

Lebih menarik, ruangan komen turut terselit reaksi Aliff sendiri.

Terdahulu, pasangan usahawan ini mendirikan rumah tanga pada Ogos 2007. Setakat ini, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 1.

Aliff dan Shahida yang kini sarat hamil turut menjaga seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Kredit:MediaOhsem, kecohbetul 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "DS Aliff Syukri Minta Izin Pujuk ISteri Mahu Beli Baju RM200k, Tapi Ini Respon Win DS Shahida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*