“Azar Azmi Pilih Duda, Ini Ke Tunangnya?” Akhirnya Fazli Zainal Ded4h Tunang Azar Azmi Yg Merupakan Seorang Penerbit Filem

Pelakon Azar Azmi difahamkan sudah bergelar tunangan kepada lelaki pilihan hatinya yang juga merupakan seorang penerbit filem dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup semalam.

Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 30, dilaporkan melangsungkan majlis pertunangan tersebut di Mesra Abadi, Keramat, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan pelakon drama Red Velvet itu mengikat tali pertunangan selama setahun dengan jejaka pilihan hatinya yang berstatus duda anak dua.

Sementara itu, tinjauan di Instagram mendapati, beberapa foto dirinya menyarung pakaian busana putih rekaan Azura Couture ketika majlis berlangsung turut dikongsikan tetamu yang hadir.

Dalam satu perkongsian foto, seorang tetamu turut berkongsi gambar Azar bersama seorang lelaki dipercayai tunangannya.

Difahamkan nama tunangan Azar ialah Hafiz Rozlan berdasarkan foto yang dimuat naik oleh penyanyi Fazli Zainal di ruangan Instagram Story.

Difahamkan, pasangan tersebut sudah mengenali antara satu sama lain sejak lebih lima tahun yang lalu.

Bagaimanapun, usaha Gempak untuk menghubungi Azar bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pertunangannya itu gagal apabila pelakon berkenaan tidak menjawab sebarang panggilan dan mesej.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💝🎊✈️🎀😘 @azuracouture @ezadibrahim

A post shared by ABOS (@azarazmi) on

Begitupun, dakwaan dirinya bertunang dikuatkan lagi apabila pengurusnya yang dikenali sebagai Kam turut memberikan ucapan kepadanya.

“Tahniah my lovely sayang @azarazmi. Selamat menjalani ikatan pertunangan. Sayang awak,” tulisnya menerusi akaun miliknya, @kam2u.

Pada masa sama ramai rakan artis dan pengikutnya mengirimkan ucapan tahniah atas majlis pertunangan tersebut.

“Tahniah baby! Maaf tak dapat pergi,” tulis aktres Janna Nick.

Sebelum ini, media tempatan pernah melaporkan Azar mengakui dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang, namun enggan mended4hkan identiti lelaki berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hidup ini indah jika tidak disulitkan Setiap kesulitan menjadi senang jika dimudahkan Permudahan itu memerlukan tolak ansur Tolak ansur itu unsurnya sabar Kesabaran itu yang memudahkan segalanya Percayalah Tuhan telah menyusun cantik untuk setiap manusia Apabila telah sampai waktu dan ketika Ia tetap akan sampai, Jangan pertikaikan cepat atau lambat, Jangan mengeluh kenapa aku atau bukan aku, Pasti ada sebab… kerana itu yang terbaik… Amin… . . . . . . . . . . . . 🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 . 👱🏻‍♀️ @snowyinstantwhite_hq 💋 @azarazmicosmeticshq . 🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 . . 🌬 @juitajuice 🌪@tycoon_vape_station . . #azarazmi #kautungguakudatang #donthatespreadlove #juita #encikterimakasih #freshorangeikattepi #azarazmicosmetics #aliseyebrowscushion #snowyinstantwhite #snowybyazarazmi #taleoftwosister

A post shared by ABOS (@azarazmi) on

Pengakuan itu dibuat selepas dia menafikan hubungannya goyah apabila melakonkan babak asmara bersama Syafiq Kyle menerusi drama Nur 2 yang mengangkat namanya.

 

Sumber : astro gempak via Transformasi

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Azar Azmi Pilih Duda, Ini Ke Tunangnya?” Akhirnya Fazli Zainal Ded4h Tunang Azar Azmi Yg Merupakan Seorang Penerbit Filem"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*