“Silap Saya Seperti Riakk, Buat Orang Salah Faham..” – Idzham Ismail Minta Maaf Tiada Niat Mengataa Rakan Selebriti

PELAKON Idzham Ismail menjelaskan status rasa kurang senang terhadap seorang pelakon yang ditulis di laman Twitter baru-baru ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Menurut Idzham, 31, dia hanya berkongsi pengalaman sebagai seorang pelakon dan tidak menyedari luahannya itu akan menjadi perhatian pengguna laman sosial.

“Asalammualaikum… tiada niat saya sebenarnya untuk tuju kepada sesiapa berkenaan tweet saya. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman dan disiplin tentang saya bekerja apabila mendapat watak-watak tertentu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum , dengan rendah diri saya , ingin meminta maaf diatas perkataan saya di twitter sampai menyebabkan article ini dikeluarkan Tiada niat saya sebenarnya untuk tuju kepada siapa siapa berkenaan tweet saya . Saya ingin berkongsi pengalaman dan disiplin tentang saya bekerja apabila mendapat watak watak tertentu dan silap saya tanpa saya sedar , perkataan yang saya gunakan seperti riak dan boleh membuat orang yang membaca salah faham tentang orang lain Lepas ni saya akan cuba berhati-hati dalam penulisan saya supaya tidak menyinggung mana2 pihak Ikhlas dari saya Idzham ismail

A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on

Silap saya tanpa saya sedar perkataan yang digunakan seperti riyak dan boleh membuat orang yang membaca salah faham tentang orang lain!,” katanya menerusi Instagram.

Pada Jumaat lalu, Idzham meluahkan rasa tidak senangnya dengan kehadiran seseorang dalam industri hiburan tempatan di laman Twitter. Dia memuat naik satu status berbentuk sind1ran dan menegaskan dunia lakonan bukanlah tempat untuk meraih populariti semata-mata.

Status yang dimuat naik olehnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga menarik perhatian beberapa portal hiburan.

Idzham akan lebih berhati-hati sebelum menulis di laman sosial.

“Orang nak jadi pelakon kau pun nak jadi pelakon, tapi kau tak tahu apa itu pelakon. Dapat watak tak kaji, jadi badan beruniform rambut kau macam nak pergi clubbing,” tulisnya.

Dalam pada itu, Idzham turut memohon maaf kepada semua pihak di atas keterl4njuran katanya itu dan akan berhati-hati dalam memuat naik sesuatu di laman sosial.

“Dengan rendah diri saya ingin meminta maaf diatas perkataan saya di Twitter sampai menyebabkan artikel ini dikeluarkan. Selepas ni saya akan cuba berhati-hati dalam penulisan supaya tidak meny1nggung mana-mana pihak,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Facebook

Sumber: mStar via NoteUntukAwak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Silap Saya Seperti Riakk, Buat Orang Salah Faham..” – Idzham Ismail Minta Maaf Tiada Niat Mengataa Rakan Selebriti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*