“Kenapa Tak Buat Peraturan Pelakon Kayu Dilarangg Keluar TV?” – Michael Ang B4ntah Larangann Finas Solek Pelakon Muda Jadi Tua

PENGARAH Michael Ang berpendapat tindakan stesen televisyen dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mel4rang pelakon muda disolek memegang watak orang tua dalam drama atau telefilem hanya menyek4t kebebasan mereka untuk berkarya.

Menurut Michael, keputusan itu dilihat ber4t sebelah kerana seolah-olah menutup periuk nasi pihak lain dan isu ini sepatutnya dirangka dengan penuh berhemah.

“Sebagai penerbit dan pengarah saya sentiasa memberi ruang untuk pelakon veteran, tapi apabila ada undang-undang macam ini, ia membat4skan kita.

“Ini bukan cara yang baik untuk selesaikan masalah, dah macam buka periuk nasi orang tapi tutup periuk nasi orang lain pula. Ini bukan situasi menang-menang. Fikir-fikirkanlah! Ini hanya pendapat saya sahaja, jangan kena b4n sudah!,” katanya.

Pengarah drama Sweet Dreams ini berkongsi pandangannya menerusi Instagram pada Rabu.

Michael Ang menyuarakan pandangan di laman Instagram.

Sebelum itu Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac memaklumkan semua stesen penyiaran bersepakat untuk tidak lagi membenarkan pelakon muda disolek memegang watak orang tua dalam drama atau telefilem terbitan mereka.

Hans berkata syarat baharu yang dikenakan itu bertujuan untuk menjaga hak dan kebajikan artis veteran. Kenyataan Hans itu menerima pelbagai komen daripada penggiat seni dan netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen bersetuju dengan keputusan tersebut dan berpendapat pemilihan pelakon veteran membawakan watak berusia membuatkan karya tersebut lebih realistik dan bersesuaian.

Michael Ang sentiasa mengutamakan pelakon veteran dalam memilih watak.

Sementara itu, Michael berkata peraturan tersebut turut menyekat kebolehan seseorang pelakon. Dalam masa sama mencac4tkan perjalanan sesebuah drama atau telefilem kerana perbezaan latar masa yang sekaligus berkait dengan usia watak.

“Tak rasa ke peraturan ini macam kaw4l seseorang pelakon tu punya kebolehan? Katakan watak cerita tu kisah seorang perempuan dari umur 28 tahun ke 60 tahun. Jadi waktu umur 28 hingga 40 tahun pakai pelakon muda, apabila kisah dia (umur) 41 hingga 60 tahun pakai pelakon lain? Like seriously?

“Alang-alang tu kenapa tak buat undang-undang pelakon kayu dilarang keluar televisyen, pelakon cantik dan kacak tak boleh bawa watak burvk atau orang kelainan upaya (0KU)! Pelakon 25 tahun ke atas tak boleh main watak budak sekolah!,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kenapa Tak Buat Peraturan Pelakon Kayu Dilarangg Keluar TV?” – Michael Ang B4ntah Larangann Finas Solek Pelakon Muda Jadi Tua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*