Kesusahan Hidup Paksa Jadikan Air Beras Ganti Susu Anak, Wanita Ini Nekad Ubah Hidup

Semakin maju dunia hari ini, semakin tinggi kos sara hidup yang perlu ditanggung setiap individu. Setiap daripada kita perlu berk0rb4n peluh dan keringat semata-mata mahu mengisi perut atau menyuap sesudu nasi buat anak, isteri di rumah.

Siapa yang tak mahu mempunyai pendapatan puluhan, malah ratusan ribu ringgit sebulan? Tapi, kalau tidak diusahakan sesuatu pekerjaan itu, dari mana datangnya pendapatan atau duit? Mana mungkin dari langit kan?

Seiring peredaran masa yang semakin canggih, semua platform media sosial menawarkan ‘pentas perniagaan.’ Melaluinya, orang ramai diberi peluang memasarkan segala produk mahupun perkhidmatan tanpa batasan.

Pernahkah kita terfikir apa yang usahawan-usahawan hebat lalui untuk mencapai kejayaan hari ini? Mungkin ada sesetengah daripada kita yang iri hati, namun rasanya tak terbayang susah-payah yang dilalui untuk berada pada tahap hari ini. Bukan senang nak jadi senang. Allah tu pun maha adil.

Kalau kita duduk saja, macam mana Dia nak bagi?

Puan Nur Zalikha Mohd Rasidi seorang wanita yang wajar dijadikan inspirasi buat mereka yang mahu memulakan perniagaan. Berusia 27 tahun, Zalikha dulunya hanya membantu suami, sekarang sudah berjaya memiliki kedai bakeri sendiri, UMIDO BAKERY yang terletak di Subang U5, Shah Alam.

UMIDO BAKERY menawarkan kek bajet mewah dengan harga mampu milik serendah RM15 – RM50 sahaja.

Kejayaan Zalikha bermula dengan sekeping duit RM100 dan kesusahannya tidur tidak beralas, dan ketidak-sanggupan melihat anaknya diberikan air beras sebagai pengganti susu semata-mata mahu berjimat demi sesuap nasi.

Episod duka Zalikha tidak hanya disitu. Dia pernah mengheret anak kecil untuk berniaga kek bersama suami dan dipandang rendah kerana terlalu susah.

Setiap hari boleh dikatakan 50 biji kek terjual.

Suami, Encik Noraswai seorang tentera udara yang kini sudah menamatkan perkhidmatan 5 tahun untuk memberikan sepenuhnya fokus kepada perniagaan bakeri yang semakin maju.

Produk bajet tapi mewah

Bermula dengan menawarkan produk kek eksklusif bajet dan eksklusif banjir cookies menggunakan krim istimewa daripada resepi olahannya sendiri, siapa sangka ‘menu’ itu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Walaupun dalam range bajet, namun rasa dan resepinya sangat mewah.

Kejayaan demi kejayaan diraih pasangan ini sehinggalah mereka membuat keputusan untuk menjadikan Dr. Azizan sebagai mentor dalam membantu arah tuju pemasaran yang sebenar. Jualan satu tahun terus mencanak sehingga ke jutaan ringgit!

Cecah ratusan ribu ringgit sebulan

Daripada situ, Zalikha dan suami mula membina empayar UMIDO BAKERY. Sehingga kini, Zalika mempunyai beberapa pekerja dibawahnya dengan hasil jualan mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Kemahirannya diperluas sehingga mampu mengajar mereka yang minat dalam industri ini secara online yang memfokuskan kepada tepung-tepung premix serta produk berasaskan bakeri. Niatnya hanya satu, dapat membantu orang ramai di luar sana yang kurang berkemampuan merasa kek mewah serta membantu surirumah yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi sebahagian daripada team UMIDO BAKERY.

Asam garam perjalanan hidup Zalikha ini sangat terinspirasi sebelum dia bergelar jutawan dalam bidang yang diceburinya. Moga pended4han ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada anda semua.

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang perniagaan hebat atau mencari kek eksklusif bajet yang sedap oleh UMIDO BAKERY,  boleh terus ke page rasmi UMIDO BAKERY;

Facebook dan Instagram

Atau nak rasa laksa sarang sedap, kunjungi kafe mereka yang terletak di No 4, Jalan Bumi AW/U5, Subang Galaxy, 40150 Shah Alam Selangor.

 

 

Sumber : Siakap Keli

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*