“Saya Tak Faham Kenapa Ada Orang Tak Boleh Nak Hormat”, Ruhainies Naik Angin Kerana Hal Ini

Pelakon Ruhainies berang apabila sekeping foto mendedahkan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai Elf Johan disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab di laman sosial, baru-baru ini.

Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata tindakan yang dilakukan individu itu salah dan melanggar hak privasi orang lain.

” Saya tak faham kenapa ada orang tak boleh nak hormat privasi orang lain, semua tahu saya tak pernah post dia (kekasih) di media sosial.

” Tolong ada sedikit hormat, sekurang-kurangnya minta kebenaran,” katanya di laman Instagram.

Ruhainies berasa berang wajah kekasih disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

Pada Rabu, sebuah portal hiburan memuat naik artikel dan foto memaparkan wajah kekasihnya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Foto tersebut dirakam secara ‘curi-curi’ ketika pasangan itu berada di sebuah majlis.

Dalam pada itu, Ruhainies turut memuji tindakan peminat dan wartawan yang menghormati permintaan untuk tidak mendedahkan identiti bakal suaminya itu.

Malah, segelintir peminat mengambil inisiatif memotong (crop) gambar kekasihnya itu sebelum memuat naik di media sosial.

” Orang awam atau peminat pun hormat, kalau nampak saya di luar atau nak bergambar mereka akan crop gambar dia.

” Wartawan yang pernah jumpa dia pun tak pernah post atau masuk dalam surat khabar,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada Mei lalu, Ruhainies memberitahu dia belum bersedia untuk berkongsi wajah mahupun nama sebenar kekasihnya itu.

Ruhainies bimbang kehidupan sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai akan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.

Terdahulu foto yang dimuat naik Ruhainies menerusi akaun Instagramnya itu menunjukkan Ruhainies berdiri bersama kekasihnya dengan berlatar belakangkan sebuah cermin.

Walaupun menutup wajah kekasihnya dengan menggunakan emoticon, namun refleksi sebahagian muka kekasihnya itu terpapar di cermin berkenaan.

Ruhainies bersama adik lelakinya

Sebelum ini Ruhainies memberitahu belum bersedia untuk berkongsi wajah mahupun nama sebenar kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E.

” Nak kata sorok boyfriend tu tidaklah sebab saya selalu sahaja keluar bersama dia. Cuma… saya belum bersedia untuk kenalkan dia kepada peminat.

” Lagipun kehidupan seorang selebriti ni, kemana sahaja kita pergi, apa sahaja kita lakukan orang akan perhati. Saya tak mahu dia rasa perkara sama,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*