“Saya Mahukan Yang Seperti Dia..” – Nabil Buka Mulut Isu Siapa Ganti Neelofa Di MeleTop

Nabil Ahmad mengakui dia akan terasa ‘kehilangan’ apabila tidak lagi mengacakan program MeleTOP bersama rakan hos, Neelofa selepas lapan musim bersiaran bersama.

Malah, tempoh tujuh tahun bergandingan dengan bintang yang dikagumi ramai itu memberi 1001 pengalaman yang berbeza buat dirinya.

“Kenapa saya terasa dengan ‘kehilangan’ Neelofa ini adalah kerana dia seorang yang berbeza. Pada masa sama, saya juga mendapat sebilangan audiens yang lain. Maknanya, audiens Neelofa.

“Audiens dia kenal saya menerusinya. Sebagai contoh, audiens saya akan kenal Jihan Muse, begitu juga sebaliknya. Kami mempunyai audiens peminat yang sama. Akan tetapi dengan Lofa, dia akan jadi lain.

“Macam saya ni misalnya, kita ‘peduli’ crowd. Kita nak satu benda yang berbeza. Malah saya ada mendapat klien yang kenal saya daripada Neelofa. Dia juga mendapat crowd saya. Jadi boleh dikatakan kita sama-sama membantu dalam survival seni ni.

“Itu juga adalah salah satu strategi untuk terus kekal dalam industri. Macam saya, meski nampak ‘gil4 atau b4ngang’ bila bersama Neelofa, saya bangga duduk sebelah dia,” katanya kepada MH.

Jelas Nabil lagi, pencapaian Juara Dewi Remaja 2010 di dalam dan luar negara selain dalam dunia bisnes menjadikan wanita asal Kelantan itu sebagai antara selebriti eksklusif yang sukar untuk dibanding-bandingkan.

“Sebab pencapaian dia, saya pun tumpang. Setiap minggu kot saya mengacara dengan dia.

“Malah saya akui bukan senang kita nak cari keserasian dan saya dapat peluang itu. Kalau boleh, saya mahukan rakan hos yang punya pesona seperti dia. Seorang yang elegan dan ada aura kalau boleh.

“Secara jujurnya, kalau ditanya ketika ini, saya tiada nama sesiapa di dalam fikiran,” jelas Nabil.

Terdahulu, Neelofa mengumumkan dirinya tidak lagi akan bersama-sama mengacarakan program hiburan berkenaan yang bersiaran di Astro Ria dan Ria HD kerana mempunyai komitmen terhadap sebuah rancangan baru yang akan bersiaran tidak lama lagi.

Foto: Instagram Nabilzira

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : MH

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya Mahukan Yang Seperti Dia..” – Nabil Buka Mulut Isu Siapa Ganti Neelofa Di MeleTop"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*