Sekitar Foto Che Puan Sofie Belajar Kursus Bahasa Melayu dan Pengajian Islam Di UMK

Perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, dengan warga Sweden, Cik Puan Sofie Louise Johansson berlangsung di Istana Balai Besar Kota Bharu, Kelantan April lalu.

Sejak itu kelihatan kelibat Cik Puan Sofie Louise Johansson sering dilihat menemani Tengku Mahkota Kelantan dalam majlis rasmi.

Dan setiap kali tampil di khalayak bertemu rakyat jelata, penampilannya sangat cantiik dan santun. Walaupun dari kalangan bangsa asing, tetapi Cik Puan Sofie Louise Johansson bijak menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.

Dengan mengenakan busana kurung moden di sertakan dengan selendang menjadikan gaya Cik Puan Sofie Louise Johansson sangat menawan dan sedap mata memandang.

Baru-baru ini ketika majlis Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Tengku Mahkota Kelantan dan isteri Cik Puan Sofie Louise Johansson turut hadir ke Istana Negara.

Sikap lemah lembut dan sopan-santun Che Puan Sofie juga benar-benar memikat. Kini setelah enam bulan berkahwin Che Puan Sofie telah mengambil keputusan mendalami ilmu agama dan mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu.

Kongsi Che Puan Sofie di laman Instagramnya, “Very excited to start studying at Universiti Malaysia Kelantan (UMK). InshaAllah, will complete the Bahasa Malaysia and the Islamic courses,” coret Che Puan Sofie yang aktif di laman Instagram dengan jumlah pengikut 66.8 ribu (setakat artikel ini ditulis).

Suami Che Puan Sofie, YTM Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra merupakan Canselor universiti tersebut. “UMK is a public university. The first students were enrolled with the commencement of the June 2007 semester. Chancellor Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Mahkota Kelantan,” tambah Che Puan Sofie lagi.

Che Puan Sofie yang berasal dari Sweeden ini khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi. Cik Puan Sofie dilahirkan pada 6 Jun 1986 dan membessar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.

Apa yang pasti, Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantiik semata-mata. Malah, Che Puan Sofie juga gemar memasak seperti yang sering dikongsi di laman media sosialnya. Che Puan Sofie juga aktif berbasikal dan pandai menjahit.

Antara foto beliau saat menggayakan selendang

Kerap menjalankan aktiviti membabitkan rakyat

Untuk majlis ini, Cik Puan Sofie Louise Johansson anggun menyarung busana dengan warna rasmi, kuning diraja serta mendapat sentuhan mekap oleh Syed Faizal Syed Noh yang menyerlahkan lagi seri di wajahnya.

Malah hasil kerja Syed Faizal ini turut mendapat pujian ramai apabila muat naik foto Cik Puan Sofie Louise Johansson.

Selain itu, penampilan Cik Puan Sofie Louise Johansson ini juga turut mendapat pujian ramai terutama apabila foto-foto yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya sendiri.Dan ini 5 fakta menarik Cik Puan Sofie Louise Johansson yang ramai tak tahu:

Kenali Cik Sofie Louise Johansson

Mengenai Cik Sofie Louise Johansson atau dikenali sebagai Cik Sofie, beliau merupakan kenalan baginda sewaktu belajar di luar negara dan perkenalan mereka sudah lama terjalin. Menerusi carian kami di pelbagai sumber, Cik Sofie membesar di Linköping dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.

Malah Cik Sofie yang mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi turut dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang baik hati, kelakar dan begitu menggemari makanan cina! Tidak hairanlah Tuanku jatuh hati dengan permata Sweden ini.

Cik Puan Sofie Louise Johannson berumur 33, lahir pada tahun 1985 ialah warga Sweden yang juga kenalan lama Tengku Muhammad Faiz. Khabarnya mereka berdua bertemu di England.

Cik Sofie Louise membesar di Linköping, bandar yang terletak di utara Sweden dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.

Ramai tertanya-tanya, bagaimana pula dengana taraf pendidikan beliau. Menurut 1 sumber, Cik Sofie juga khabarnya mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi.

Dikalangan teman rapat pula, Cik Puan Sofie Louise Johansson  dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang baik hati, kelakar dan begitu menggemari makanan cina.

Siapa menyangka, Cik Puan Sofie juga turut aktif di media sosial menerusi akaun Instagramnya, yang setakat ini mempunyai 39.3K pengikut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Hijabista

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Sekitar Foto Che Puan Sofie Belajar Kursus Bahasa Melayu dan Pengajian Islam Di UMK"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*