Tidur Bawah Panas, Foto ”Sweet”’ Budak Guna Daun Selimut Kucing Raih Perhatian Netizen

Banyak kucing-kucing jalanan pada masa kini tidak dapat perlindungan yang baik untuk kehidupan mereka.

Sifatnya yang manja mampu membuatkan orang ramai tertarik untuk mendekatinya.

Ramai sahaja di luar sana yang sayangkan kucing dan jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan mereka. Ada juga yang sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk memastikan haiwan peliharaan tersebut kekal cantik dan sihat.

Aksi seorang kanak-kanak perempuan menutupi badan seekor kucing yang sedang tidur menggunakan helaian daun undang gelak tawa netizen.

Kucing tersebut dilihat sedang nyenyak tidur di satu kawasan yang agak lapang di bawah terik matahari telah menyebabkan kanak-kanak tersebut bertindak sedemikian.

Kredit Foto: Facebook

Jelas terpampang sifat penyayang dalam diri kanak-kanak tersebut terhadap binatang biarpun dirinya masih kecil. Mungkin kerana sifat penyayang terhadap bin4tang yang menebal dalam dirinya telah membuatkan dia bertindak sedemikian.

Perasaan kasihankan kucing tersebut yang kepanasan di bawah cahaya matahari telah menyebabkan dia bertindak menutupi kucing tersebut dengan menggunakan helaian dedaun sahaja.

Rata-rata netizen terhibur dengan tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini.

“Rasa kasih sayang pada haiwan dipupuk dari kecil lagi”

“Tak tau nak gelak atau nak nangis.. tapi sweet sangat dikk”

Sumber: Warna Warni Kucing

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*