“RM5000 Untuk Satu Ceramah?” Pemuda Ini Tak Setuju Ustaz Selebriti Dibayar Beribu-Ribu Ringgit

Kisah penceramah agama dengan bayaran mahal memang agak sinonim. Sementelah pula mereka yang menerima bayaran tersebut selalu muncul di kaca televisyen, namun ada isinya banyak diulang atau terlalu ‘cliche’.

Namun, tahukah anda masih ada penceramah yang dibayar tidak setimpal, tetapi sanggup memberikan ilmu kerana rasa tanggungjawab itu. Namun, lebih memalukan ialah jemputan dibatalkan tiba-tiba. Bukan satu tetapi hampir 10 jemputan dibatalkan. Kenapa susah sangat nak hargai ilmu?

Twitter

Ianya berlaku kepada Ustaz Ad-Dien yang mana jemputannya dari Universiti awam dan swasta dibatalkan tanpa sebarang alasan kukuh. Walhal, semua persiapan telah dilakukan dengan menelaah lima buah kitab semata-mata untuk menyampaikan pengetahuan agama.

Twitter

Justeru itu, terbongkar rahsia bahawa selama ini ada penceramah yang dibayar hingga beribu ringgit (tidak termasuk tiket penerbangan dan tempat tinggal) semata-mata untuk menyampaikan ilmu.

Timbul pelbagai isu sama ada wajar atau tidak ahli agama meletakkan bayaran tinggi untuk berceramah. Bagaimana pula dengan mereka yang langsung tidak meletakkan harga tetapi dilihat selalu dipermainkan?

Google

Jadi, ini adalah isu kita sendiri yang meletakkan ilmu agama itu di tahap mana. Menjemput penceramah kemudian membatalkannya adalah tidak beradab. Sekurang-kurangnya perlu menggantikan majlis tersebut mengikut kesesuaian dan bukannya membuta tuli membatalkannya hanya kerana ilmu agama yang hendak diberi itu percuma!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : – CARI

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“RM5000 Untuk Satu Ceramah?” Pemuda Ini Tak Setuju Ustaz Selebriti Dibayar Beribu-Ribu Ringgit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*