Suami Isteri Lari Tinggalkan Rumah Kerana Tidak Tahan Dengan Sikap Anak

‘Sayang anak, tinggal tinggalkan’, mungkin ini pepatah yang sesuai diberikan kepada pasangan suami isteri dari Besut ini. Namun niat mereka meninggalkan anak bukanlah tindakan tidak berhati perut seperti disangka.

Akibat tidak tahan dengan sikap anak sering meminta wang dan mero$akkan harta benda, sepasang suami isteri nekad meninggalkan rumah mereka di Kampung Keluang dekat Kampung Raja di sini sejak setahun lalu.

Pasangan berusia 50-an itu mengambil keputusan tinggal bersama anak perempuan mereka di lokasi lain kerana tidak sanggup lagi tinggal dengan lelaki berusia 34 tahun itu yang juga pen4gih dad4h tegar.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dad4h Kebangsaan (AADK) Besut, Nor Hafizza Mat Zin berkata, kemuncak kepada sikap ber4ng lelaki itu ialah dia bertindak membakar motosikal selain mero$akkan rumah gara-gara tidak berpuas hati ibu bapanya tidak memberikannya wang dipercayai untuk membeli dad4h.

Menurutnya, lelaki yang bekerja mencari kepah secara sambilan itu kemudiannya tinggal bersendirian di rumah tersebut dalam keadaan tidak terurus kerana di bawah pengaruh dad4h sehingga mendapat perhatian orang awam.

“ Orang awam membuat aduan mengenai susp3k kepada pihak kami dan susulan itu, serbuan telah dilakukan pada jam 7.30 pagi semalam di rumahnya di Kampung Keluang.

“ Keadaan rumah itu yang sudah tidak mempunyai pintu utama membolehkan pihaknya melakukan serbuan dan menangkap susp3k yang sedang tidur di satu sudut dalam rumah tersebut,” katanya.

Nor Hafizza berkata, susp3k cuba mengeluarkan sebilah golok yang terselit di pinggangnya, namun tidak sempat berbuat demikian kerana terlebih dahulu diberk4s anggota kami.

Menurutnya, susp3k yang masih bujang itu dibawa ke pejabat AADK Besut untuk tindakan lanjut dan semakan mendapati susp3k men4gih dad4h sejak 10 tahun lalu dengan kekerapan dua biji piI kuda sehari iaitu membabitkan kos sekitar RM20.

“ Susp3k juga pernah sekali dimasukkan di Pusat Pemulihan Narkotik pada 2017 selain pernah dipenjara kerana kesalahan dad4h,” katanya.

Beliau berkata, susp3k kini direman di Pusat Tahanan Reman Besut selama 14 hari dan kes disia$at mengikut Sek$yen 31 Akta Pen4gih Dad4h, Rawatan dan PemuIihan 1983 pindaan 1998.

Hati ibu dan ayah mana tidak hancur jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sewaktu kecil akhirnya membesar dan menjadi manusia yang ro$ak akhlaknya. Semoga pasangan ibu dan ayah ini tabah mengharungi dugaan ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: sinarharian

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Suami Isteri Lari Tinggalkan Rumah Kerana Tidak Tahan Dengan Sikap Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*