Korang Merupakan Calon Temuduga SPA? Ini Tips & Cara Susunan Fail Dengan Betul

Menghadiri temuduga kerja adalah satu proses penting yang perlu dilalui oleh kebanyakan orang terutamanya fresh graduate. Tetapi ada juga di antara pelajar lepasan universiti ini yang masih kurang jelas tentang cara yang betul menghadiri dan mengendalikan diri semasa berlangsungnya sesi temuduga terutamanya bagi sektor kerajaan.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Syafiqah Saleh ada berkongsi tentang tips dan pengalaman yang pernah dilaluinya semasa menghadiri sesi temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jom kita baca!

3 kali pergi temuduga

Sekadar gambar hiasan

Aku nak kongsi pengalaman aku menghadiri temuduga SPA. Aku berpengalaman sebanyak tiga kali hadir temuduga. Perkongsian ini bukan untuk bangga diri ataupun menunjuk-nunjuk. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Tapi ingat, setiap pengalaman orang berlainan, okay? Aku share pengalaman aku dulu. Dulu, tak semua gred jawatan ada exam online. Sekarang ni, rata-rata aku tengok macam hampir semua gred jawatan mesti lalui exam online.

1st temuduga, gred Wxx tahun 2015 (GagaI sebab kurang ilmu, baru habis belajar), 2nd temuduga, gred Nxx tahun 2017 (Lulus tetapi status calon simpanan, genap setahun, bertukar kepada lantikan tetap) dan 3rd exam online (lulus) dan temuduga, gred Wxx tahun 2019 (Baru je lepas temuduga. Doakan aku lulus dan dapat jawatan tersebut).

Penampilan bagi perempuan

Sekadar gambar hiasan

– Dari segi pakaian, berbaju kurung tradisional. Pakai baju warna lembut lebih baik. Kontrakan baju dengan warna tudung yang sesuai. Shawl ok, cuma aku kurang yakin pakai shawl. Kalau nak pakai shawl, mesti terletak baik. Jangan ikat kat leher, ok? Warna memainkan emosi bagi orang yang melihat.

– Kasut mestilah berwarna hitam atau gelap dan bertutup. Stoking warna coklat. Bertumit sedikit.

Handbag jenis tali pendek. Kalau sangkut kat bahu, beg tu betul-betul bawah ketiak. Handbag bertali panjang tak sesuai. Boleh bawa masuk handbag dalam bilik temuduga. Letak atas meja.

Nametag diletakkan di bahagian sebelah kiri. Aku pakai sebelah kiri. Kalau tetiba ada yang cakap kanan, sorryk uncle, aunty, saya buat nametag untuk staff government.

– Warna pakaian juga tidak melebihi 3 warna.

– Jam tangan pakailah. Nampak sikit yang kita ni jenis menepati masa.

– Jangan pakai baju kurung dengan kot atau blazer.

Untuk lelaki, aku kurang pasti lah.

– Kemeja lengan panjang.

– Kot/Blazer (Kena tahu etika pemakaian kot. Semasa berdiri, kena butang dan kalau duduk butang perlu dibuka).

Semasa temuduga

Sekadar gambar hiasan

– Baca Bismillah for muslim.

– Ketuk pintu at least 3 kali.

– Ada orang kata tunggu panel suruh masuk baru masuk. Tapi aku buka pintu sikit tengok panel, then baru masuk.

– Serah fail,resume dan salinan sijil akademik pada panel yang paling hampir dengan pintu. Nanti aku ajar susun fail.

– Duduk tegak, punggung je rapat dengan tempat sandar. Badan tegak.

– Kaki pun lurus, jangan silang kaki. Tangan letak atas riba. Duduk bertenang.

– Jawab soalan dengan yakin. Pastikan study dulu. Boleh tanya kawan korang yang pernah temuduga dengan SPA.

– Suara kena jelas, ayat tersusun dan pastikan conversation antara korang dengan panel berterusan. Jangan aaaaa emmmm lama sangat.

– Muka kena ceria. Jawab soalan pun dalam keadaan senyum okay.

Resume bergambar

Sekadar gambar hiasan

– Resume 1 page. Aku buat biasa je weh. Esok nak temuduga, malam baru aku buat. Jangan buat last minit.

Print resume berwarna. Nak kerjakan? Usahakan print berwarna.

– Sila tampal gambar berukuran passport. Jangan print gambar sekali dengan resume.

– Selepas resume, Salinan ic dan sijil kelahiran. Walaupun dalam emel, SPA tak suruh korang buat pengesahan, tapi korang kena juga buat. Apa senior aku cakap, semua dokumen yang telah phostostat mestilah ada cop diakui sah. Gred jawatan 41 dan ke atas.

– Kepilkan resume bergambar bersama salinan yang dah cop diakui sah iaitu ic, surat beranak, PMR (aku letak je walaupun tak minta), sijil SPM (sijil ye bukan slip, lain tau), STPM/DIPLOMA, transkrip diploma, degree, transkrip degree dan MUET.

– Resume bergambar dan salinan dokuman bercop dan fail sahaja yang dibawa masuk dalam bilik temuduga sebab kalau panel 2 orang, sorang tengok fail, sorang lagi tengok resume bergambar dan salinan dokumen tadi.

Susunan fail

– Maklumat diri

– Kad pengenalan dan sijil kelahiran

– Sijil SPM (bukan slip SPM)

– Penilaian Menengah Rendah (kalau nak letak boleh)

– Sijil berhenti sekolah (wajib)

– Skrol pengajian (Diploma dan Degree)

– Transkrip

– Pengiktirafan Kelayakan

– Sijil anugerah

– Sijil penyertaan

Sumber: Syafiqah Saleh via OHBulan

 

Apa Kata Anda?

1 Comment on "Korang Merupakan Calon Temuduga SPA? Ini Tips & Cara Susunan Fail Dengan Betul"

  1. nk tanya. result iv dia akan emel ke. then calon simpanan tu tau masa iv ke atau masa dpt result iv? bgaimana pula dgn gaji ya? masa iv tu ada tanya ttg gaji ke? gaji boleh nego ke?

Leave a comment

Your email address will not be published.


*