Bila Sepak Rasmi Piala Dunia Dibelah. Isi dalamnya buat kenapa bola ini antara paling unik

Sukan bola sepak merupakan sukan yang paling digemari seluruh dunia dengan sambutan menggalakkan merangkumi pelbagai lapisan umur. Kerancakan sukan bola sepak menyebabkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menganjurkan Kejohanan Piala Dunia pada setiap lima tahun.

Menjelang musim Piala Dunia, selain jersi pasukan-pasukan menjadi tumpuan, bola yang digunakan juga turut menjadi topik hebat dalam kalangan pemain dan juga masyarakat dunia.

Setiap kali penganjuran Piala Dunia FIFA, bola yang digunakan sudah pastinya berbeza mengikut tuan rumah yang menganjurkannya.

Namun, pernahkah anda terfikir mengenai teknologi dan apa yang terdapat di dalam sesebuah bola yang digunakan ketika perlawanan bola sepak.

Menerusi satu video yang dimuat naik dalam halaman What’s Inside, beberapa orang lelaki telah membelah tiga biji bola bagi mengetahui perbezaan yang terdapat di dalamnya. Bola yang menjadi pilihan berbeza mengikut zaman yang digunakan.

Hasil daripada video berkenaan, bola Adidas Telstar yang digunakan dalam Piala Dunia FIFA 2018 dilihat mempunyai hanya satu lapisan yang tebal manakala bagi bola Adidas Telstar 1970 yang sebelumnya mempunyai satu lapisan getah yang lain.

Berlainan pula bagi bola yang lebih terdahulu, kandungan di dalamnya adalah plastik yang dimampatkan ke dalam bola tersebut.

Sila Lihat Video Penuh

Tiga bola rasmi Piala Dunia yang mencetus kontrove3rsi

BEBERAPA hari kebelakangan ini, bola rasmi yang akan digunakan pada Piala Dunia mencuri perhatian selepas ia digunakan untuk perlawanan persahabatan sepanjang minggu ini.

Minggu lepas, penjaga gol Sepanyol, David De Gea mengkritik kualiti bola Telstar 18 dan mahu pembikinan bola yang lebih baik untuk kejohanan yang akan berlangsung di Rusia nanti.

De Gea menyifatkan pergerakan bola itu amat p3elik selepas g@agal menampan rembatan jarak jauh Thomas Muller dalam satu perlawanan persahabatan dengan Jerman minggu lepas.

Antara yang mengkriti1k bola rasmi Piala Dunia FIFA Rusia 2018 adalah penjaga gol Sepanyol, David De Gea. – Foto REUTERS/Juan Medina

Kenyataan De Gea turut disokong rakan sepasukannya, Pepe Reina dan Marc-Andre ter Stegen.

Berikut 3 bola yang mencetuskan kontroversi sebelum Piala Dunia bermula:

1. Fevernova

Isu bola rasmi yang digunakan pada Piala Dunia bermula apabila pembuat rasmi bola bagi kejohanan itu Adidas, memperkenalkan Fevernova pada Piala Dunia 2002 di Korea/Jepun.

Pada ketika itu, David Beckham yang merupakan duta bagi jenama Adidas menyifatkan bola tersebut adalah yang terbaik pernah dibuat selepas terlibat secara langsung dalam menguji bola tersebut.

Bagaimanapun penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon tidak menyukai bola tersebut dengan menyamakannya dengan bola yang digunakan kanak-kanak kerana ia lebih ringan daripada bola yang digunakan dalam edisi sebelum ini.

2. Teamgeist

Pada 2006, Adidas memperkenalkan Teamgeist untuk Piala Dunia di Jerman yang hanya menggunakan 14 panel berbanding 32 panel yang digunakan sebelum ini.

Seperti Fevernova, kebanyakan penjaga gol menyifatkan pergerakan Teamgeist amat sukar dibaca dan memberi kelebihan kepada penyerang untuk menjaringkan gol dari jarak jauh.

3. Jabulani

Namun bola yang paling tidak digemari penjaga gol dalam Piala Dunia adalah Jabulani, yang digunakan pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Daripada 14 panel, Adidas berjaya mencipta Jabulani dengan hanya menggunakan lapan panel, menjadikannya lebih sukar untuk dibaca apabila bola tersebut dirembat dari jarak jauh.


Jabulani yang digunakan pada Piala Dunia FIFA Afrika Selatan 2010 mencetus paling banyak kontroversi namun kejohanan berjalan lancar. – Foto REUTERS.

Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) turut mengambil bahagian dalam menguji bola tersebut dan mendapati bahawa Jabulani memulakan teknik rembatan ‘knuckle ball’ yang lebih pantas.

Teknik tendangan yang menyaksikan bola mengubah arah semasa berada di udara dengan lebih pantas itu boleh berlaku kerana permukaan Jabulani lebih rata berbanding bola sebelum ini, apabila tidak menggunakan sebarang jahitan untuk mencantum bola tersebut.

Pada edisi Piala Dunia 2014 di Brazil, tidak ramai pemain yang mengadu mengenai bola rasmi yang digunakan pada ketika itu, iaitu Brazuca.

Isu penggunaan Brazuca hanya dibangkitkan di peringkat liga termasuk Bundesliga Jerman dan MLS Amerika Syarikat.

Sumber: What Inside, http://www.astroawani.com

Kredit: SIakap Keli

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bila Sepak Rasmi Piala Dunia Dibelah. Isi dalamnya buat kenapa bola ini antara paling unik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*