‘Jelingan’ Manja Tengku Afzan Jadi Idaman jejaka. Tapi Jawapan Permaisuri Nilai Mahar Puterinya Buat Rakyat Terhibur

Laman Twitter dilihat sebagai salah satu platform bagi warganet untuk meluahkan segala pandangan, reaksi dan isi hati seseorang. Tidak ketinggalan, kerabat Diraja juga tidak terlepas daripada menggunakan media sosial ini berikutan konsepnya yang mudah dan ringkas.

Sekiranya anda merupakan pengikut bagi akaun Twitter puteri Anakanda Agong, Tengku Afzan, sudah pasti mengetahui mengenai ‘jelingan’ beliau yang menghiasi ruangan aplikasi berkenaan. Apa tidaknya, sungguh sukar untuk melihat gambar-gambar Tengku Afzan dengan reaksi senyum, namun apa yang banyak dipertontonkan kepada warganet ialah ‘jelingannya.’

Ramai orang tanya kenapa saya tak senyum. Ok nanti saya upload gambar saya tengah senyum. 

Disebabkan itu, ramai yang tertunggu-tunggu perkongsian foto senyuman yang bakal dimuat naik oleh Tengku Afzan. Malah, ada yang memintanya untuk melemparkan senyuman sambil menjeling.

“Senyum sambil jeling please. Mesti extra comell”


“Ok menunggu tuanku putri”


Walau bagaimanapun, sebentar tadi Tengku Afzan telah berkongsikan gambar yang memaparkan dirinya tersenyum. Walaupun gambar tersebut bukan dimuat naik sendiri olehnya, senyuman manis di wajah Puteri Agong jelas terpancar.

Perkongsian itu bagaimanapun telah mendapat pujian rata-rata warganet yang gembira dapat melihat Tengku Afzan mengukirkan senyuman. Malah, ada juga yang berseloroh walaupun tersenyum masih nampak reaksi garang di wajahnya.

“Tengah senyum memang comell”


“Senyum pun shomel macam jelingan manis tengku tu”

Fesyen Tudung Cantik, Masak Power & Lagi Perkara Best Pasal Permaisuri Agong, Tunku Azizah

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang baginda:

1. Diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor

3. Baginda dimahsyurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang, dan bukan Sultanah Pahang disebabkan da@rahnya

5. Tunku Azizah sangat terkenal dengan minatnya yang mendalam terhadap bidang masakan

Baginda pernah mengeluarkan buku resipinya sendiri, “Air Tangan Tengku Puan Pahang” dan “Masakan Tradisional Pahang”.

Baginda telah menghasilkan tiga buah buku iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang yang diterbitkan pada 2007 dan buku Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang serta Buku Masakan Tradisional Pahang yang dilancarkan pada 2018.

Dalam satu temubual bersama media, Tunku Azizah pernah memaklumkan minat baginda dalam bidang masakan antara lain disebabkan dorongan yang diberikan oleh Almarhum ayahanda baginda Sultan Iskandar.

Baginda mula masuk ke dapur seawal usia lima tahun di bawah pengawasan pengasuh dirajanya dan pernah mengikuti pendidikan masakan tidak formal di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI).

Sumber: Tengku Afzan via https://siakapkeli.my

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Jelingan’ Manja Tengku Afzan Jadi Idaman jejaka. Tapi Jawapan Permaisuri Nilai Mahar Puterinya Buat Rakyat Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*