“Saya mohon maaf dan janji tak buat lagi” -Aliff Syukri dan Sajat

USAHAWAN komestik Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada Wan Maimunah kerana keterla@njurannya secara tidak sengaja mempersendakan nama pelakon veteran tersebut.

Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 32, dia hanya mengikut skrip yang diberikan sebuah blog dan tidak menyangka tindakannya dengan rakan ahli perniagaan Sajat itu telah menyi1nggung perasaan Wan Maimunah.

“Saya ingin memohon maaf kepada ibu Wan Maimunah. Sebenarnya, saya hanya mengikut skrip dan content yang diberikan sebuah blog yang membayar saya untuk ditemu bual.


Aliff mengakui salah dia tidak menjaga sensit1iviti Wan Maimunah.

“Tapi saya tak salahkan blog tersebut cuma tak sangka video itu menjadi viral. Bagaimanapun, saya dan Sajat sudah pun memadam video tersebut.

“Sejujurnya saya tak sangka benda ini menyentuh sensi1viti Wan Maimunah. Saya mengaku salah saya sendiri. Saya mohon maaf dan janji tidak akan buat lagi,” kata Aliff kepada mStar.

Aliff ditemui ketika sidang media pelancaran lagu duet dia bersama penyanyi Indonesia, Upiak berjudul Cowok Baru di Wisma Dherb Holding, Kota Damansara, pada Rabu.

Menerusi video yang dimuat naik, Aliff meminta Sajat untuk memilih watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.

Saya mengaku salah saya sendiri. Saya mohon maaf dan janji tidak akan buat lagi.
Aliff Syukri
Usahawan dan penyanyi
Sajat kemudian dengan pantas mempersoalkan pertanyaan Aliff dengan mengatakan watak itu keji dan tidak sesuai dengan rupa parasnya yang dianggap seperti Ratu Cantik.

Kenyataan pengasas produk komestik itu telah mengundang kec3aman netizen yang rata-ratanya menganggap Sajat dan Aliff tidak sepatutnya mempersendakan pelakon lagenda tanah air itu.

Bagaimanapun, Aliff mahupun Sajat mengambil langkah berdiam diri dan hanya memadam video tersebut selepas menerima kecaman daripada netizen.

Menerusi akaun Instagram yang menggunakan nama Ibu_maimunah mengatakan dia berasa sedih dan terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik tersebut.

Status luahan yang dimuat naik individu yang menyamar menjadi Wan Maimunah menggunakan akaun palsu.

Dalam pada itu, Wan Maimunah atau Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 62, ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak mempunyai sebarang akaun Instagram seperti yang didakwa.

“Sebenarnya itu bukan akaun IG saya. Dah beberapa kali saya beritahu yang saya tidak mempunyai sebagai akaun laman sosial,” katanya.

Namun menerusi pemeriksaan, akaun IG yang menggunakan nama pelakon drama terkenal itu sudah tiada dan berkemungkinan individu tidak bertanggungjawab telah memadam akaun tersebut

p/s: Semoga Sajat dan Dato Aliff ikhlas memohon maaf dan perkara seperti ini tidak lagi berlaku kepada pelakon lain

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya mohon maaf dan janji tak buat lagi” -Aliff Syukri dan Sajat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*