“Orangnya Berpelajaran”-Hanis Zalikha Akhirnya Bertemu Dengan Pengasuh Yang Boleh Menjaga Anak

Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha mengakui perlu mengupah seorang pembantu untuk menjaga anak-anaknya kerana sibuk dengan tuntutan kerja.

Menurut Hanis, dia terpaksa melupakan hasrat untuk menjaga anak keduanya, Alisa Aisyah secara sepenuh masa seperti yang dilakukan sebelum ini untuk anak pertamanya, Yusuf Iskandar.

Tak sama macam jaga Yusuf

“Untuk anak kedua ini saya harus mengupah seorang pembantu untuk menjaga Alisa kerana sibuk untuk menguruskan kerjaya dan perniagaan.

“Saya tak dapat menjaga Alisa sama seperti Yusuf dahulu secara sepenuh masa kerana agar sukar menguruskan dua orang anak secara serentak jadi saya harus mempunyai pembantu buat sementara waktu,” katanya kepada Gempak.

Hanis berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kerusi kereta bayi Daiichi, di Happi Kiddo, IPC Shopping Centre Mutiara Damansara,baru-baru ini

Tambah Hanis, dia bersyukur apabila telah bertemu pengasuh yang bersesuaian dan berpengalaman untuk menjaga anak-anaknya.

Orangnya baik berpelajaran

“Akhirnya saya bertemu dengan pengasuh yang boleh menjaga anak-anak ketika dalam tempoh bekerja.

“Orangnya baik, berpelajaran dan mempunyai pengalaman bekerja di pusat jagaan kanak-kanak sebelum ini,” ujarnya lagi.

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Hanis Zalikha

Hanis dan suaminya, Hairul Azreen telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

1. Nama sebenarnya, Hanis Zalikha binti Zainal Rashid.

2. Popular sebagai Hanis Zalikha. Nama panggilannya, Keknis.

3. Lahir pada 9 Oktober 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Anak kepada pasangan Zainal Rashid (bapa) dan Nani Rostam (ibu). Ibunya merupakan seorang model sekitar era 1980-an.

5. Anak kedua daripada tujuh beradik.

6. Menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Selangor pada tahun 1997, Sekolah Kebangsaan USJ 8 (1998) dan Sekolah Kebangsaan Seafield (1999-2002), Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 (2003), Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield (2004-2006) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 (2007).

7. Pemegang diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor.

8. Bergelar penulis blog, model, pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

9. Kemunculannya sebagai pelakon di layar perak menerusi filem Momok The Movie, Gangster Celop dan Romeo Kota: Kes Fail Kriptik.

10. Di layar kaca dalam drama Memberku Hawa, Jodoh 2, Suamiku Encik Sotong dan Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa.

11. Juga telefilem Mariam Kampung Putat, Aku Benci Mama, Mama-Mama Mia dan Aku, Dia dan C70, termasuk web drama bertajuk Pertama Kali.

12. Pernah tercalon menerusi anugerah Most Influential Blog Award pada 2011 dan Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 pada 2014.

13. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

Sumber : Astrogmpak, https://iluminasi.com

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Orangnya Berpelajaran”-Hanis Zalikha Akhirnya Bertemu Dengan Pengasuh Yang Boleh Menjaga Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*