“Mak Arwh Zulfarhan Ada Tegur Tapi”, Akmal Dedah Didatangi Mimpi Dan Petunjuk Ini Sebelum Bebas.

Terkini, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Muhammad Akmal Akif Alias mendedahkan dia mendapat beberapa petunjuk sebelum dibebaskan daripada tuduhan mencederakan Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 31 Julai lalu.

Menurut pemuda berusia 23 tahun itu, dia dan keluarganya kerap mendapat mimpi dirinya akan dibebaskan dan akhirnya berjaya menamatkan pengajian.

“ Saya, mak dan abah pernah beberapa kali mimpi diri saya dibebaskan dari ke$ ini dan saya habis belajar. Mungkin itu petunjuk tapi masa tu saya dan keluarga perlu bersabar dan terus berdoa.

“ Tapi kadang-kadang tu ada juga mimpi yang tak best ditambah pula dengan kecaman orang luar sehingga tidur saya terganggu disebabkan terlalu memikirkan perkara itu.

“ Alhamdulillah mimpi itu jadi kenyataan sekarang. Segalanya sudah selesai. Saya lega dan bersyukur kerana dibuktikan tidak bersalah,” katanya kepada mStar.

Malah Muhammad Akmal atau lebih mesra disapa Akmal berkata dia turut lega apabila bertemu dengan keluarga Zulfarhan tempoh hari.

“ Saya rasa gembira apabila dapat berborak dengan keluarga arw4h Zulfarhan secara bersemuka. Mula-mula tu nervous lah juga tapi bila dah bercerita perkara sebenar dekat mereka saya lega sangat.

“ Sebelum ni mak arw4h sahaja yang pernah menegur saya dan kawan-kawan lain. Masa dalam mahkamah dia ada tanya saya buat apa sekarang masih belajar ke tak tapi perbualan itu terhenti di situ sahaja.

“ Tapi apa pun saya bersyukur sangat-sangat sebab mereka dapat menerima pembebasan saya tempoh hari. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, Akmal berkata dia berhasrat menyambung pengajiannya yang tertangguh selepas digantung kerana perbicaraan ke$ itu.

“ Jika tiada halangan Insya-Allah saya akan sambung belajar bulan depan. Dulu saya pegawai kadet darat tapi perkhidmatan saya telah pun ditamatkan oleh ATM.

“ Jadi saya akan sambung sebagai pelajar awam. Kiranya pergi kelas macam biasa, jalani kehidupan biasa dan tak perlu ikut latihan ketenteraan.

“ Jadi saya harap pihak universiti menerima saya dengan baik kerana saya dibuktikan tidak bersalah. Saya tak minta pun jadi macam ni dan segalanya berlaku tanpa saya duga,” katanya.

Sebelum ini Akmal berkongsi detik hitam yang diharunginya sepanjang tempoh dua tahun dalam berdepan ke$ bun0h Zulfarhan dalam satu temu bual eksklusif bersama mStar.

Jelas Akmal, dia kini masih diselubungi perasaan takut akibat tanggapan segelintir masyarakat terhadapnya biarpun sudah dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan berkenaan.

” Bagi saya tempoh dua tahun ni memang sukar walaupun saya tidak bersalah, tetapi selagi ada title ‘OKT’ (orang kena tuduh) bukanlah sesuatu yang mudah. Apa yang terjadi memberi kesan kepada saya dan keluarga.

” Pelbagai kecaman yang dilemparkan dan segelintir masyarakat memandang serong serta mempertikaikan keputusan saya dibebaskan secara mutlak sehingga menyebabkan sekarang saya masih takut-takut untuk berjumpa dengan orang luar.

” Buat masa sekarang saya hanya berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja. Apa-apa pun, saya bersyukur dikelilingi mereka yang menyayangi saya dan sentiasa positif,” katanya.

Pada 31 Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah melepas dan membebaskan Akmal daripada tuduhan mencederakan Zulfarhan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network

Sumber: mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Mak Arwh Zulfarhan Ada Tegur Tapi”, Akmal Dedah Didatangi Mimpi Dan Petunjuk Ini Sebelum Bebas."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*