“Saya Tahu, Datuk Ada Jual Produk Kurus, Tapi Kenapa Buat Macamni” – Gadis Ini Mahu Jumpa Aliff Syukri

Awal semalam, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi berkongsi sepotong video menerusi Instagram TV (IG TV) miliknya, berhubung permintaan seorang gadis comel yang ingin bertemu dan meminta bantuan darinya.

Kongsi Aliff menerusi ruangan kapsyen, dia turut bertanya mengenai latar belakang individu tersebut selain mengakui andai mendapat seribu komen dari para pengikutnya di laman sosial, dia tidak teragak-agak untuk membantu gadis berkenaan.

“Adakah patut abg tolong? Nama dia siapa asal mana? siapa tau budak gemook ni dari mana. Abang tau pun dari fb, dia nak apa dari abg sebanaryaa?? Adakah abg patut tolongggg?

“Kalau abg dpt 1ribu org komen di bawah “tolong adik gemok abg terlajaklaris” InsyaAllah abg akan tolong,” tulisnya.

MH turut menerima kiriman video daripada pembaca mengenai hasrat gadis berkenaan.

“Assalamualaikum kepada Datuk Aliff, saya nak minta bantuan Datuk Aliff untuk membantu saya. Saya tahu, Datuk ada menjual produk kesihatan yang boleh bantu orang gemuk untuk jadi kurus.

“Saya harap Datuk sudi dan dapatlah bantu saya,” kongsi gadis berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Wanie itu.

Pada masa sama, Wanie turut berazam untuk belajar seterusnya menjadi insan yang berjaya seperti penyanyi Abang Nak Tegur itu.

“Saya nak jadi macam dia, sebab itu memang impian saya, nak jadi orang yang berjaya,” akui Wanie lagi.

Beberapa hari lalu, Aliff ada mendedahkan komen yang ditinggalkan netizen berhubung kisah gadis terbabit menerusi Instagram.

Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Biodata Dan Latar Belakang Usahawan Kosmetik Aliff Syukri

Biodata
1. Nama penuhnya, Aliff Syukri bin Kamarzaman.

2. Kelahiran Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987.

3. Berusia 32 tahun.

4. Anak kepada Rozita binti Ibrahim yang merupakan pengasas produk kosmetik popular, Sendayu Tinggi.

5. Anak ketiga daripada 12 adik-beradik.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar Selangor, Sekolah Menengah Telok Gadong Klang, Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan, Sekolah Integrasi As-Syakirin Shah Alam dan Taylor College.

8. Kini bergelar usahawan, pelakon dan penyanyi.

9. Berjinak-jinak dalam aktiviti perniagaan seawal usia tujuh tahun sewaktu menetap bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

10. Bermacam pekerjaan dilakukannya sebelum menceburi perniagaan kosmetik seperti pernah menjadi pegawai perkhidmatan pelanggan, penjaga stor, model sambilan, sehingga nyaris menjadi seorang pramugara!

11. Sebagai pelakon, antara drama dibintanginya seperti Biar Aku Jadi Penunggu, Duda Terlajak Laris, Ooops! Terlajak Nikah, My Coffee Prince, Tuyul Ke London dan Upin & Ipin (musim 11, episod “Terlajak Laris”). Juga menerajui filem sulungnya berjudul Badang di bawah arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

12. Selaku penyanyi, beliau pernah merakamkan single Abang Nak Tegur, Biar Apa Orang Kata, Bobo Dimana (duet bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna), Agama Kedamaian (duet bersama Datin Shahida) dan Selawat Dodoi Anakku (duet bersama Datin Shahida).

13. Mendirikan rumah tangga di usia 20 tahun dengan rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang dua tahun lebih tua. Sehingga kini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 1.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Media Hiburan

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya Tahu, Datuk Ada Jual Produk Kurus, Tapi Kenapa Buat Macamni” – Gadis Ini Mahu Jumpa Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*