Ditanya perasaan rakyat mengenai Belanjawan 2020, Ini jawapan win Dr Mahathir

“SAYA rasa rakyat gembira, hampir setiap orang mendapat sesuatu,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Belanjawan 2020 yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencerminkan kekukuhan pentadbiran negara.

Katanya, walaupun kerajaan masih berdepan masalah untuk membayar hutang, tetapi prestasi ekonomi dapat dipertingkatkan.

“Ramai berpendapat kerajaan Pakatan Harapan tidak berpengalaman dan tidak mungkin mentadbir kerajaan dengan baik.

“Tetapi seperti yang dibentangkan, peruntukan tambahan sudah diberikan kepada semua pihak, ini menunjukkan kedudukan kewangan negara masih kukuh dan tiada hutang tidak berbayar (NPL),” katanya pada sidang media selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim.

Dr Mahathir berkata, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak juga lebih besar berbanding Semenanjung.

Mengenai pengambilalihan konsesi tol, Dr Mahathir berkata, perkara itu akan diperincikan kemudian tetapi kerajaan sudah mengenalpasti kawasannya yang membabitkan bandar dan luar bandar.

Mengenai pemberian diskaun tol 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS, Perdana Menteri berkata, ia masih belum diputuskan sama ada akan dilaksanakan tahun depan tetapi yang pasti ada penurunan kadar tol sehingga 18 peratus.

Tarikh bila bantuan khas RM500 akan diterima

KERAJAAN mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk kakitangan awam bagi Gred 56 dan ke bawah.

Berita baik itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi pembentangan Belanjawan 2020 di Parlimen di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, doktor, jururawat, guru dan semua penjawat awam atas bakti perkhidmatan mereka.

“Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah,” kata Guan Eng.

Bagi pesara kerajaan, Guan Eng berkata, bantuan khas kewangan sebanyak RM250 turut akan diberikan.

“Ia turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen. Kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir 2019,” katanya.

Empat teras menunjangi Belanjawan 2020 adalah memacu pertumbuhan ekonomi dalam ekonomi baharu dan era digital, pelaburan ke atas rakyat meningkatkan keupayaan modal insan, mewujudkan masyarakat bersatu, bersatu, inklusif, saksama dan memulikan institusi dan kewangan awam.

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ditanya perasaan rakyat mengenai Belanjawan 2020, Ini jawapan win Dr Mahathir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*