“2 tahun lalu saya yang nikahkan., semalam saya juga temani dia di mahkamah” – Datuk Red

SUAMI kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu menganggap dirinya sedang berdepan dengan ujian besar apabila anak sulungnya Aziera kini dalam proses perceraian.

Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkata, dugaan yang sedang dilalui ini mungkin disebabkan kehidupan lamanya yang jahil dan lalai.

“Lagi kita dekat denganNya lagi kita diuji. Kurang seminggu saja dari kes saya, anak saya pula yang menerima nasib malang ini.

Adnan sedih melihat anaknya pula dalam proses perceraian.

“Ujian ini mungkin akibat kehidupan jahil saya yang lalu. Kalau ikutkan saya dah tak larat nak menghadapinya,” ujarnya kepada mStar.

Adnan memuat naik foto bersama anaknya ketika berada di Mahkamah Syariah Rendah Kuala Selangor.

Aziera, 20, merupakan anak sulung hasil perkahwinan pertamanya ketika berusia 20 tahun.

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Adnan berkata, dia berasa sedih terutamanya ketika menemani anaknya melalui detik perceraian itu.

Ujian ini mungkin akibat kehidupan jahil saya yang lalu. Kalau ikutkan saya dah tak larat nak menghadapinya.


“Saya sedih dua tahun lepas saya yang nikahkan dia, semalam saya juga yang temani dia di mahkamah,” ujarnya.

Dalam pada itu, ahli perniagaan ini turut memuat naik status di Instagramnya pada Rabu dengan meluahkan kesedihan dan tidak mampu untuk berhadapan dengan semua dugaan itu.

“Masa ini aku la orang paling gembira dapat menikahkan anak aku sendiri.

“Ya Allah… lagi kuat dugaanMu. Aku dah tak terdaya nak hadapi ini semua… macam-macam dugaan,” katanya pada kapsyen foto berkenaan.

Pada 9 Oktober, Adnan menolak permohonan ce3rai yang difailkan Adira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Barat, Rawang.

Mahkamah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan ce3rai berkenaan.

Adira berkahwin dengan Adnan di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

p/s: Semoga urusan Datuk  Red dipermudahkan

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 

sumber: mstar 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“2 tahun lalu saya yang nikahkan., semalam saya juga temani dia di mahkamah” – Datuk Red"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*