Teka Teki Terjawab, Anta Permana Di Pentas Muzik-Muzik Versi Bob Padu Macam Siti Nurhaliza!

Teka-teki siapa yang bakal mengantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza membawakan lagu Anta Permana di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-34 akhirnya telahpun terjawab. Antara Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong telahpun didendangkan oleh penyanyi lelaki iaitu Bob.

Bagaimanapun, rata-rata peminat memuji dengan kemerduan suara Bob menyampaikan lagu ini dalam versinya tersendiri tanpa meniru gaya penyanyi asal.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

All the best @bobyusof untuk malam ini, Kak Iti yakin Bob mampu menyampaikan Anta Permana dengan baik. Terima kasih @haelhusaini @ezrakong 👍👍#AntaPermana

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sementara itu, menerusi Instagram milik Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum Bob beraksi menyanyikan lagu Anta Permana, dia turut mendoakan penyanyi lelaki itu membawa lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong dengan baik. Malah, Bob turut berterima kasih kepada Siti Nurhaliza kerana memberinya peluang membawakan lagu ini di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-34.

Rata-rata memuji persembahan vokal dari bekas peserta Akademi Fantasi ini membawa lagu Anta Permana dengan baik sekali. Meskipun aura Anta Permana Siti Nurhaliza tidak dapat disamakan dengan mana-mana penyanyi sekalipun, namun, Bob telah membawa lagu ini dengan versi dna gayanya tersendiri.

Penyanyi dan guru vokal, Adibah Noor turut memuji akan persembahan dari Bob itu. Dia turut memuja akan interpresi dan lontaran vokal yang sempurna disampaikan Bob. Malah, dia turut yakin Siti Nurhaliza akan berasa lega dan bangga dengan kesungguhan penyampaian Anta Permana dari Bob.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TV3 Malaysia, CTDK via OHBulan

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Teka Teki Terjawab, Anta Permana Di Pentas Muzik-Muzik Versi Bob Padu Macam Siti Nurhaliza!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*