“Bawa Dia Pi Berkubang Kat Bendang,”- Sarah Hildebrand Bawa Suami Balik Kampung Di Perlis

Pelakon Sarah Hildebrand membawa suaminya, Otto Gillen, pulang ke kampung halamannya di Kuala Perlis, Perlis untuk bertemu keluarga besarnya.

Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marier Hildebrand, 29, berkongsi hal tersebut menerusi beberapa foto yang dimuat naik di Instagram.

“Balik kampung. Membawa Otto untuk berjumpa keluarga saya di Perlis,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Balik Kampung – Taking @otto.gillen to see my family in Perlis.

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

Namun, apa yang mencuri tumpuan netizen apabila ramai yang tidak pernah mengetahui aktres berdarah campuran Melayu, Jerman dan Amerika Syarikat itu berasal dari sebuah kampung di Utara Semenanjung Malaysia.

Bahkan, terdapat rakan artis juga terkejut dengan perkongsian pelakon drama Suami Tanpa Cinta itu.

“Orang Perlis ke babe?” tanya pelakon Diana Danielle.

“Waa Sarah orang Peghelih rupanya!!!

“Boleh cakap loghat Utara ke Sarah?

“Melihat dirinya yang berwajah kacukan,.. kampung dia kat Perlis hokey!

“Bawak dia pi berkubang kat bendang, tengok okay tak masuk lumpuq,” antara komen yang ditinggalkan netizen.

Sarah turut berkongsi momen-momen menarik memaparkan suaminya yang berdarah kacukan Filipina-Amerika menjalani kehidupan di Kampung Tok Kaya, Kayang, Perlis.

Rata-rata mereka memuji tindakan Sarah yang membawa suaminya untuk berkenalan dengan saudara mara yang lain.

“Kesiannya, dia (Otto) tinggi sangat tak lepas bumbung,” komen netizen.

Sarah mendirikan rumah tangga dengan Otto pada 3 November selepas suaminya memeluk Islam pada September lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I never cared about the material things someone could give me. I care about time, attention, honesty, loyalty, and effort. Those gifts mean more than anything. 🖤 @otto.gillen

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

Pasangan tersebut dikatakan mula berkenalan ketika Sarah melawat bapanya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat pada awal tahun ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: GEMPAK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Bawa Dia Pi Berkubang Kat Bendang,”- Sarah Hildebrand Bawa Suami Balik Kampung Di Perlis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*