“Saya sedar… Perut bvncit tak handsome”- Roy akur tiada pakej untuk dijual…

PESERTA Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang tersingkir pada minggu kelapan iaitu Roy mended4hkan dia sangat komited untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Bagaimanapun, Roy berkata, dia sedar dirinya tidak mempunyai pakej lengkap yang boleh dijual dalam industri masa kini.

 “Saya sangat komited untuk aktif tetapi tiada peluang. Keadaan sekarang sudah lain, mereka mahukan pakej. Mereka mahukan paras rupa, vokal hanya nombor dua.

“Bukan nak merendah diri tak tentu fasal tetapi itulah realitinya.

“Orang macam saya yang tak handsome, perut bvncit begini, tiada hit songs. Saya apa yang ada? Lagu patriotik? Nak jual dengan apa?” ujarnya kepada mStar.

 

Roy tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza pada minggu kelapan.

Roy diumumkan ters1ngkir daripada pentas GV6 pada minggu kelapan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ratnaku itu ditemui pada sidang media selepas persembahan di konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada Ahad.

Ketika disoal mengenai perancangannya selepas ters1ngkir dari program realiti nyanyian itu, Roy berkata, dia akan kembali membuat persembahan jalanan (busking).

“Selepas ini saya akan kembali semula jadi busker. Kalau rezeki saya di tepi jalan pun, tepi jalanlah.

“Kalau orang minta saya nyanyi 50 lagu satu hari pun saya okey saja.

“Saya tak kisah kerana memang niat keluar GV untuk sambung buat busking,” ujarnya lagi.

 

Orang macam saya yang tak handsome, perut bvncit begini tiada hit songs. Saya apa yang ada? Lagu patriotik? Nak jual dengan apa?

ROY

Penyanyi

Dalam pada itu, Roy berkata dia sudah menjangkakan hanya mampu bertahan sehingga minggu kelapan.

Menurutnya, lagu Seniman Menangis tidak mencabar selain mengakui tidak berjaya membawa kelainan dalam persembahannya pada malam itu.

“Saya sudah menjangkakannya sebab lagu saya bukan lagu konsert tapi lagu lounge.

“Malah lagu ini tiada cabaran. Sepatutnya saya perlu tampilkan kelainan dengan menyanyi lebih bagus dan lari dari bayang Jamal Abdillah. 

“Lagipun keadaan kesihatan saya juga tidak begitu baik pada minggu ini kerana mengalami s4kit tekak. Suara hampir terk0yak kerana bengk4k di dalam. Jadi saya banyak berjaga-jaga t4kut suara pecah kalau buat lebih-lebih,” ujarnya.

 

 

Sumber : Mstar online

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya sedar… Perut bvncit tak handsome”- Roy akur tiada pakej untuk dijual…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*