Buang gelaran Da’i, kini hanya Farhan Mutawwif, padam foto bersama Ain!

Selepas pelbagai cemuhan yang diterima susulan kontr0versi rumah tangga juara musim kedua program Da’i, Nik Farhan akhirnya bertindak menukar nama Instagram miliknya.

Nik Farhan yang sebelum ini menggunakan nama Da’i Farhan telah menukar nama akaun Instagram kepada Farhan Mutawwif pada Rabu lalu.

Selain itu pada profil akaun tersebut, dia turut meletakkan nama sebagai Nik Farhan, penceramah Haji dan Umrah serta suami kepada @drholisw.

Akaun tersebut sehingga kini sudah mendapat lebih 111,000 pengikut.

Nik Farhan menukar nama Instagram selain turut memadam gambar bersama bekas isteri.

Malah, mengikut tinjauan mStar, Nik Farhan sudah membuang semua foto-foto lama bersama bekas isterinya, Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Nik Farhan berhubung perkara itu gagal apabila ustaz selebriti itu enggan memberikan sebarang respons kepada media.

Dunia hiburan sebelum ini dikejutkan dengan pended4han Nik Farhan menikahi seorang janda anak lapan, Noorainul Naqim Mohd Radzi di Makkah.

Bagaimanapun, muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki atau nama sebenarnya Nafsarah Maliki yang membongkarkan perkahwinan itu sebenarnya dibuat secara sembunyi tanpa kebenaran isteri dan mahk4mah.

Kont0versi rumah tangga Nik Farhan turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Berdasarkan salah satu laporan mStar sebelum ini, Nik Farhan berkata, tuduhan berkahwin secara sembunyi itu tidak betul sebaliknya dia sudah memaklumkan kepada bekas isteri pertama dan keluarganya.

Pendakwah ini juga berkata, selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke 19 iaitu Dr Aireen berjaya membuat hatinya terbuka dan menerima hasrat itu.

Hasil perkongsian hidup dengan Fatin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 1 tahun 4 bulan, sementara wanita ini sedang hamil 8 bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Buang gelaran Da’i, kini hanya Farhan Mutawwif, padam foto bersama Ain!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*