Al Fatihah.. Takziah Buat Remy Ishak Dan Keluarga

BAPA kepada pelakon terkenal Remy Ishak iaitu Ishak Idris meningg4l dunia pada awal pagi, Sabtu. 

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 37, berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagramnya pada pagi Sabtu. 

Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu turut memuat naik foto bersama Allahy4rham di sebuah hospital. 

“Ayah saya Ishak Bin Idris menghembuskan nafas yang terakhir pada awal pagi tadi. Al-fatihah untuk ayah saya,” tulisnya. 

Bagaimanapun, pelakon filem Pulang itu tidak memberi sebarang maklumat mengenai peny4kit yang dialami dan punca Allahy4rham bapanya meningg4l dunia. 

Remy tidak memberi maklumat lanjut mengenai punca bapanya meningg4l dunia.

Sementara itu, rata-rata netizen  dan rakan selebriti memberi ucapan t4kziah dan mendoakan agar arwah bapa Remy ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

Menerusi laporan mStar pada 27 Jun tahun lalu, Remy mended4hkan hubungan dia dan bapanya semakin rapat semenjak membintangi filem Pulang pada tiga tahun lalu.

Menurut Remy, skrip dan jalan cerita filem itu yang mengisahkan seseorang kehilangan bapa telah membantu memulihkan hubungan dia dan bapanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

 

Sumber  : Mstar

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Al Fatihah.. Takziah Buat Remy Ishak Dan Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*