Les’ Copaque Kongsi Imej Rasmi Upin & Ipin Dengan Rambut

Peminat animasi di Malaysia pastinya sudah mengenali studio disebalik animasi terkenal Upin dan Ipin iaitu Les’ Copaque. Les’ Copaque juga merupakan sebuah studio yang menjadi peneraju animasi 3D di Malaysia.

Baru-baru ini, menerusi akaun Twitter rasmi mereka, Les’ Copaque dilihat mencari idea cerita untuk musim terbaru Upin dan Ipin tahun 2020 nanti.

Menjengah ke ruangan komen, banyak idea yang diberikan oleh netizen kepada studio tersebut. Namun, seorang netizen mencadangkan bahawa watak Upin dan Ipin dengan rambut.

Lebih menarik lagi, pihak studio Les’ Copaque menunaikan hajat netizen tersebut dengan memuat naik gambar Upin dan Ipin dengan imej berambut .

Menarik bukan? Kami berharap musim terbaru Upin & Ipin untuk 2020 nanti pastinya lebih menarik dan mampu menghiburkan hati seluruh rakyat Malaysia seperti tahun-tahun sebelum ini.

Sumber:TheVocket

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Les’ Copaque Kongsi Imej Rasmi Upin & Ipin Dengan Rambut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*