(Video) Berlari Riang Tepi Jalan Lepas Habis Kerja, Jawapan Pekerja Kontraktor Buat Ramai Tersentuh

Tidak semua orang dapat menzahirkan kegembiraan yang dirasai dengan sepuasnya. Namun, sekiranya dapat berbuat demikian, adalah lebih baik untuk menikm4tinya dengan sepenuh jiwa.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang warga China yang bekerja sebagai buruh binaan setiap kali pulang dari kerja. Aksinya yang berlari-lari sambil melompat ketika pulang bekerja telah menarik perhatian ramai.

Construction worker's joyful skip warms hearts online

The world could use more people like this construction worker in China. Read the latest about Chinese society here: http://sc.mp/chinasociety

Posted by SCMP Video on Sunday, December 15, 2019

Pulang dengan penuh gembira bagaikan tiada sebarang masalah dalam dirinya. Lelaki berusia 56 tahun itu telah menimbulkan tanda tanya mengenai perkara yang membuatkan dirinya begitu bergembira.

Memetik kenyataan daripada video berkenaan, dia merupakan seorang yang ceria dan sangat gembira kerana akan menikm4ti makan malam selepas bekerja. Baginya, menikm4ti makan malam merupakan salah satu kegembiraan yang harus diraikan. Disebabkan itulah dia sering memperlihatkan reaksi gembiranya ketika pulang bekerja.

Rakaman tersebut telah menarik perhatian komuniti dunia yang sangat bersenang hati dengan sikap buruh tersebut.

“Nikm4ti sesuatu yang mudah dalam hidup, ianya bermula apabila menghargai apa yang anda miliki”

“Dunia ini akan menjadi lebih baik jika semua orang berkelakuan seperti itu setiap hari”

“Dia gembira kerana boleh pulang rumah dan menikm4ti makan malam selepas seharian berkerja. Ini adalah kehidupan”

Sumber: SCMP Video via Siakap keli

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "(Video) Berlari Riang Tepi Jalan Lepas Habis Kerja, Jawapan Pekerja Kontraktor Buat Ramai Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*