Afieq Shazwan ada ciri lelaki idaman – Wani Kayrie

PENYANYI, Wani Kayrie, 19, sekadar bersikap jujur dengan perasaannya apabila membuat pengakuan berani mengenai kriteria lelaki idaman yang ada pada diri penyanyi dan pengacara, Afieq Shazwan.

Wani atau nama sebenar Syazwani Abdullah berkata, lebih setahun berkawan rapat dengan Afieq, tak dinafikan pemuda itu memiliki beberapa ciri pasangan impiannya.

“Selama kenal rapat dengan Afieq, saya dapati dia seorang yang baik dan cara pertuturan juga lembut.

“Afieq juga suka senyum dan sifat mudah mesra serta ramahnya membuatkan dia mudah disenangi ramai.

“Dia juga pendengar yang baik dan lebih membuat saya selesa berkawan dengannya kerana selalu ada bersama pada setiap masa,” katanya.

Ditanya apakah dia tidak bimbang dilabel ‘sy0k sendiri’, Wani berkata, tidak ada sebab dia harus dianggap sebegitu.

“Kami sudah berkawan baik dan rapat. Lainlah jika dia (Afieq) tak kenal saya barulah patut dilabel sy0k sendiri.

“Malah, sesama kami pun memang tak pernah membuat pengakuan bercinta tetapi sekadar ‘teman tapi mesra’,” katanya.

Wani yang kini menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di Management & Science University (MSU), Shah Alam berkata soal jodoh adalah ketentuan Allah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila masing2 sibuk sangat dengan class, cover dalam kereta jelah jawabnya dengan @wanikayrie ni 😆 Enjoyyy ✌🏻#BicaraRasa / @sarahsuhairi @ariffbahran ✨

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn) on

Mengakui tidak rimas asyik berhadapan soalan cinta, Wani berkata, dia lebih gemar bersikap positif dan terbuka.

Berbicara karier nyanyiannya, Wani berkata, dia kini muncul dengan lagu baru berjudul Magika pada 31 Oktober lalu.

Malah, Afieq juga muncul sebagai model dalam muzik video rasmi lagu Magika yang dimuat naik di YouTube dan mencatat lebih 200,000 tontonan.

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Afieq Shazwan ada ciri lelaki idaman – Wani Kayrie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*