Ramai Sangat Mengurat, Puas Tangan Nak Menepisnya – Datuk A. Aida

Penerbit Datuk A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, memberitahu ramai lelaki cuba mendekatinya selepas bercer4i dengan pelakon Ariff Aziz pada Jun lalu.

Namun, dia lebih memilih untuk memberikan fokus terhadap kerjaya dan anak-anak berbanding soal jodoh.

“Bukan nak cakap besar, tetapi mereka yang nak mengvrat saya tu… puas tangan nak menepisnya. Tapi, sebab saya dah selesa dengan kehidupan begini, jadi saya rasa biarlah sekejap.

“Lagipun, saya dah serik dengan kehidupan lalu. Saya sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini. 

“Saya sedang cuba untuk memenuhi apa saja impian anak, pusing dunia dengan anak-anak. 

“Saya dah tak nak fikir untuk mencari pasangan buat masa ini,” ujarnya kepada mStar.

Kredit foto: A. Aida bersama aktres Nasha Aziz

Aida turut berasa seb4k mengenang kembali kata-kata 4rw4h ibu apabila sering gagal dalam perkahwinan biarpun memiliki harta dan kekayaan.

“Betullah kata 4rw4h mak dulu. Tuhan beri saya segala-galanya tapi bila bab suami, memang ada kekurangan di situ. 

“Kalau dengar dia cakap begitu sampai mengalir air mata, ia perkara yang benar-benar terjadi kepada saya sehingga kini,” tuturnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ini hari yang penuh dengan rasa hiba buat saya sebagai ibu. Sekejap tenang, sekejap agak resah gelisah yang amat. Sungguh… Sukar untuk digambarkan dengan kata apa dalam dada ini. Hari yang ‘menyedihkan’ itu akhirnya tiba juga dan kami akan berpisah bumbung selepas 17 tahun dia lahir dari perut saya. Semua ibu akan melalui episod yang saya rasai hari ini. Anak ke-2, @azevanatassha akan secara rasminya berpindah ke Melaka, menyambung pelajaran di sana. Tasha yang saya besarkan dengan airmata bersama kakaknya @az_aleesa dan @rahul_a.aida suatu ketika dahulu, Alhamdulillah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran. Anak Mama yang baik, anak Mama yang cantik. Anak Mama yang tidak pernah sekalipun menyusahkan meskipun suatu ketika kehidupan kami bukanlah terus jadi senang. Ketika saya susah, @azevanatassha dan kakaknya @az_aleesa lah yang memberi kekuatan dan bayangkan, hari ini dia akan pergi meninggalkan saya, demi meneruskan kehidupan. Pun saya tetap bersyukur kerana dia bakal meneruskan cita-citanya di dalam negara, dan dia memilih untuk mendengar kemahuan saya untuk tidak menyambung pelajaran ke oversea. Pun, rupa-rupanya rasa perpisahan itu tetap sama. Jauh ke, dekat ke, hati ibu ini tetap sangat sayu. Sangat syahdu… Pun saya akur. Anak aku ni sudah 18 tahun tau. Dan Tasha bukan lagi kanak-kanak… Dia sudah berhak memilih yang terbaik untuk masa depannya sendiri. Tak apalah Tasha…Mama redho seredho-redhonya walaupun selepas ini Mama tak boleh tengok Tasha depan mata hari-hari. Kena tunggu seminggu atau sebulan nak jengok Tasha. Oh! Anakku Tasha… Mama melepaskan Tasha dengan doa yang tidak pernah sedikit. Mama membesarkan Tasha menjadi anak yang baik dan berguna untuk membuat kebaikan kepada insan lain. Teruslah menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur dan sentiasa berbaik sangka sesama manusia. Doa Mama akan selalu ada buat Tasha, sehinggalah ke hujung nyawa Mama. Teruslah menjadi manusia yang baik anakku.. Mama Love you so much! #uitmlendu

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on

Dalam pada itu, Aida berkata, dia tidak menolak takdir sekiranya ada rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

“Sekarang ini saya nak fokus dengan kerjaya, cari lebih banyak lagi sumber pendapatan sebab anak saya tiga lagi masih belajar.

“Tapi, jodoh, ajal m4ut di tangan Allah. Kalau tiba-tiba Dia hantar jodoh saya nak buat macam mana?” katanya.

Siapa yang kahwin mahu bercer4i-ber4i kan? Yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kep4hitan. 

 

Sumber : Cari

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ramai Sangat Mengurat, Puas Tangan Nak Menepisnya – Datuk A. Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*