“Kau Cakap Kau Tak Nak Bawak Balik Berh4la…” – Penerbit Shahrulezad Dedah Azhan Rani Tak Nak Simpan Trofi Di Rumah

Pengarah yang juga penerbit Radius One, Shahrulezad mended4hkan perangai pelakon Azhan Rani yang tidak suka membawa pulang ke rumah setiap trofi kemenangannya.

Sebaliknya, Shahrulezad memberitahu, semua trofi itu akan disuruh disimpan di pejabat syarikat produksi sahaja.

“Setiap piala kemenangannya dia akan suruh abam yang simpan di pejabat Radius One. Dia tak nak bawak balik. Dia tak dihurungi rasa ri4k dan bangga dengan anugerah itu.

“Setiap kali abam masuk opis, abam akan tersenyum melihat piala ini sebab teringatkan telatah kau paksa aku bawak balik piala ni. Kau cakap kau tak nak bawak balik berhala balik rumah..hehehe,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam perkongsian entri itu, Shahrulezad turut berkongsi gambar kenangannya bersama pelakon berusia 43 tahun itu.

Pada masa sama, pengarah yang popular menerusi drama Nur itu menyifatkan Azhan sebagai seorang pelakon yang mempunyai budi pekerti yang mulia.

“An (panggilan Azhan)…kalau kau baca posting ni sila scroll laju- laju tau sebab aku tahu kau tak suka dipuja puji. Kau jadi kekok.

“Abam minat dengan dia bukan sahaja kerana bakatnya yang memukau, tetapi dia punya pekerti yang sangat merendah diri. Dia buat kita rasa selesa dan menyenangkan.

“Semoga Allah memberi peluang untuk abang bekerjasama dengan dia lagi. Bukan sebab bakatnya tetapi sebab kerana kemanusiaannya,” coretnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

An…kalau kau baca posting ni sila scroll laju laju tau sbb aku tahu kau tak suka dipuja puji. Kau jadi kekok. Sejenis throwback. Tetiba rasa rindu untuk bekerjasama dengan mamat sengal ni. Abam admirer dengan dia bukan saja kerana bakatnya yg memukau. Tapi dia punya pekerti yg sangat merendah diri. Dia buat kita rasa selesa dan menyenangkan. Senang cerita dia tak fake ketika lepak bersama. Yg paling penting dia pandai menceriakan suasana. Kalau dia tak der sehari di set pasti kami satu team akan tercari cari kelibat manusia bernama Azhan. And not to forget dia seorang hamba Allah yg meletakkan kedudukan seorang ibu di tempat paling atas dalam kehidupannya selain dari Allah. Setiap piala kemenangannya dia akan suruh abam yg simpan di pejabat Radiusone. Dia tak nak bawak balik. Dia tak dihurungi rasa riak dan bangga dengan anugerah itu. Setiap kali abam masuk opis abam akan tersenyum melihat piala ini sebab teringatkan telatah kau paksa aku bawak balik piala ni. Kau cakap kau tak nak bawak balik berhala balik umah. Hehehe…. Abam bangga dengan seorang sahabat yg bernama Azhan Rani. Semoga Allah memberi peluang untuk abang bekerjasama dengan dia lagi. Bukan sebab bakatnya. Tapi sebab kerana kemanusiaannya. Status ini ditaja oleh pad herba Manjakani Seri Dewi. Dapatkan di pasaran berdekatan untuk kacipan tak terperi rasanya. Ayuh. Dapatkan sekarang!

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Entri tersebut kemudian turut mendapat respons Azhan yang meluahkan rasa rindu untuk bekerjasama bersama penerbit tersebut.

“Rindu juga nak kerja dengan kau Ijat. Jomlah buat cerita raksasa lawan rama-rama pulak,” selorohnya.

Baru-baru ini, Azhan menerima Anugerah Khas Juri pada penganjuran Anugerah Telenovela 2019.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sangat tak adil bila tiap kali dapat anugerah aku nak ambil semua credit tu untuk diri aku.. #syedhamadi jadi sebaik itu bukan kerana diri aku semata2. tanpa naskah yang baik, team yang baik dan pencipta juga pelukis watak yang baik aku sama je macam award runcing tu.. tegak dan mati dalam drama #nur tu.. ini dedikasi aku untuk manusia yang selayaknya diberi kredit .. @budakijat .. aku tak bawa balik pun sijil dan award ini.. biar dia disimpan di office @radius.one .. semoga aku dijauhkan dari rasa selesa yang membunuh dan riak.. esok tetap hari yang sama yang perlu aku hadap.. tapi ada yang lebih baik yang aku harap dapat aku lakukan.. apapun tanpa kepercayaan @budakijat pada aku.. tak jadi apa pun aku.. dia dan kesabarannya juga keberanian dia meneroka watak ni yang menjadikan #syedhamadi sebegitu rupa.. selain menjadikan watak yang pernah jadi nightmare rakyat malaysia ni, watak ni jugaklah sampai sekarang buat aku masih mencari watak apa lagi yang boleh aku jayakan yang buat korang akan ingat aku lagi.. tahun depan aku dah 44 tahun, amat rugi balance2 hidup aku kalau korang boleh ingat #syedhamadi je.. aku harap aku akan jumpa satu atau dua watak lain sebaik #syedhamadi.. ye terima kasih syed hamadi untuk semua ni.. award dan sijil ini adalah beban dan cabaran untuk aku mengadap hari esok dan seterusnya.. apa yang lebih baik boleh aku sumbangkan.. tiada apa2 kemegahan sebab tepuk sorai yang berpanjangan hanya akan menyakitkan tangan.. semoga akan lebih ramai pengkarya seperti @budakijat akan lahir lepas ni, lebih banyak produksi setulus @radius.one yang tak menghambakan karya pada rating dan puji2 kosong semata2 namun lebih pada karya2 yang menjentik jiwa dan rasa, akan ramai lagi penonton2 seperti penonton drama #nur yang bijak dan dikesani dengan karya2 kemanusiaan yang tidak hanya berpaksi pada hiburan.. semoga esok adalah kelahiran semangat baru.. in shaallah 🙏 #yayasanpembangunanbukunegara #anugerahtelenovela2019 #alhamdulillah

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kau Cakap Kau Tak Nak Bawak Balik Berh4la…” – Penerbit Shahrulezad Dedah Azhan Rani Tak Nak Simpan Trofi Di Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*