Nikah Kali Kedua, Issey Harap Jodoh Kekal

 Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham telah pun sah menjadi suami kepada Noor Aimi Mohamed Jamil di Kota Bharu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Issey dan dia akan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk isterinya. Tambahan pula, isterinya sudah pun mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu.

 

Foto: Instagram Issey

Pengantin perempuan menerima mas kahwin senaskhah al-Quran dan sebentuk cincin. Majlis juga dihadiri seramai 500 orang dalam kalangan keluarga, kenalan dan selebriti.

Ketika ditemu bual MyMetro, Issey berkata, dia sebenarnya risau dengan keadaan banjir yang melanda, namun sangat bersyukur kerana cuaca begitu baik dan segalanya dipermudahkan ketika majlis pernikahan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bermulalah riwayat Daddy issey. Alhamdulillah. Dapat 3 orang.. terima kasih @aimi_jamel. Selamat bersama! #gengissey #isseyxaimi

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Berkahwin dengan Noor Aimi adalah pilihannya sendiri dan dia sedar akan tanggungjawab baru yang digalas ini.

Semoga hubungan Issey dan Aimi sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan diberkati.  

 

Sumber : Cari

 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Nikah Kali Kedua, Issey Harap Jodoh Kekal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*