‘Bukan tahun depan kahwin’ – Mira Filzah

PELAKON Mira Filzah menafikan dakwaan bakal melangsungkan dengan jejaka pilihan hatinya pada 2020.

Mira berkata, sekiranya jodohnya sudah tiba dia tidak akan sesekali merahsiakan khabar gembira itu daripada pengetahuan umum.

“Itu kuasa Allah. Saya tak tahu apa yang bakal berlaku tahun depan. Sepanjang 12 bulan itu apa saja boleh jadi.

“Saya tak boleh komen lanjut mengenai soal ini tetapi setiap orang yang menjalinkan hubungan pasti mengimpikan sebuah pengakhiran yang bahagia dan berkahwin.

“Niat itu ada tetapi belum ada sebarang perbincangan membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai pemilihannya sebagai Face of Bridal Rico Rinaldi 2020 semalam.

Mira berkata, kerjasama bersama pereka fesyen itu tiada kena-mengena dengan gos1p yang mendakwa dia bakal berkahwin dalam masa terdekat.

“Ini bukan petunjuk atau perancangan awal ke arah itu. Tak ada kena-mengena langsung. Sebenarnya lama juga dia memujuk saya untuk bekerjasama dan kami akhirnya bersetuju, maka terjadilah ini,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mira Filzah the face of Rico Rinaldi Bridal 2020 👰🏻 #ricorinaldi2020 💕 @ricorinaldi @mfmirafilzah #ricorinaldi . . . 📸 @azimmahayudin 🧕🏻 @nazlivingastyle 💄 @shiyojoo

A post shared by RICO RINALDI (@thericorinaldi) on

Terdahulu menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Mira mended4hkan sedang berkenalan dengan individu yang enggan dided4hkan identitinya serta bukan dalam kalangan penggiat industri seni.

 

Sumber :  Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Bukan tahun depan kahwin’ – Mira Filzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*