“Bayangkan Kita Sambut Aidilfitri Di Negara Orang Tanpa Keluarga…”- Sempena Krismas, Zizie Izette Bagi Hadiah Pada Pembantu Rumah

Sebagai majikan yang prihatin kepada pembantu rumahnya yang beragama Kr1sti4n, pelakon Datin Seri Zizie Izette menyambut hari Krismas bersama mereka semalam.

Zizie Izette telah memberikan hadiah sempena perayaan tersebut kepada pembantu rumah mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana tuntuan kerja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sooo in love with the white Christmas theme decorations here at The Gardens. . Everything in white. So breathtakingly beautiful! 🎄⛄️❄️ #throwback #18thdec2019

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

“Happiness is making others happy

“Mereka bekerja jauh dari keluarga, bayangkan kita sambut Aidilfitri sebatang kara di negara orang tanpa keluarga di sisi mesti sedihkan?

“Kita majikan ibarat keluarga mereka, walaupun berlainan agama, tapi saya rasa tak salah untuk kita berbuat baik sesama manusia. .

“So, Merry Christmas to those celebrating!” Tulisnya.

Akak kepada Shaheizy Sam itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Zizie memuat naik video lima pembantu rumahnya yang gembira menerima hadiah tersebut.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap baik dan budi pekerti Zizie.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia Sembilan bulan.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Bayangkan Kita Sambut Aidilfitri Di Negara Orang Tanpa Keluarga…”- Sempena Krismas, Zizie Izette Bagi Hadiah Pada Pembantu Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*