Siti Sarah berasa kecewa apabila hidungnya menjadi bahan send4an dan….. – Timbang tindakan und4ng-und4ng terhadap warganet

PENYANYI, Siti Sarah Raisuddin belum memikirkan tindakan akan diambil terhadap warganet yang mengh1na wajahnya membabitkan bentuk hidung pesek seperti dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Begitupun katanya, dia mengakui sangat terkesan dengan kenyataan terbabit yang masih berlaku menjelang 2020.

Katanya sewaktu ditemui, di saat berita mengenai Siti Nordiana mended4hkan bagaimana warganet masih menjadikan bentuk tubuh badan dan giginya sebagai satu pengh1n4an, dia tidak menyangka turut mengalami masalah sama.

Lebih membuatkan Sarah berasa kec3wa apabila hidungnya menjadi bahan send4an dan pengh1n4an sepanjang hayat dan dia tidak tahu bagaimana lagi untuk menyatakan bahawa dia sangat sed1h apabila setiap kali ada individu cuba menimbulkan perkara terbabit.

Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang memandangkan mereka yang mengh1na atau mempersend4kan bentuk tubuh individu lain boleh didenda RM50,000 dan dipenj4r4 setahun mengikut Seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), kata Sarah, dia masih mempertimbangkan mengenai perkara itu.

“Saya sebenarnya berat hati untuk mengambil tindakan terbabit, tetapi saya tidak kata tidak mahu melakukannya. Takut kalau sekarang ini saya kata tidak mahu mengambil tindakan undang-undang tapi kemudian hari selepas berbincang mengenai perkara itu saya akan melakukannya.

“Saya memikirkan bagaimana situasi sekiranya mengambil tindakan undang-undang terhadap warganet yang mengh1na hidung saya itu.

“Untuk mengesan siapa individu yang memuat naik kenyataan mengh1na fizikal wajah saya itu tidak susah. Dengan bantuan pihak berkuasa dan peguam ia mudah untuk dilaksanakan,” katanya.

Bagaimanapun kata penyanyi yang popular dengan lagu Semakin itu, dia bimbang sekiranya individu terbabit tidak dapat berhadapan dengan tekanan bakal diterima kerana akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Katanya, walaupun tertekan dan sed1h dengan pengh1n4an dibuat membabitkan hidungnya, sekurang-kurangnya dia sedar mampu mendepaninya kerana sudah melaluinya sepanjang usia lebih 30 tahun ini.

“Cuma kepada individu itu, dia mungkin tidak pernah berdepan dengan tekanan dis4man, dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukvm4n penj4ra atau harus membayar d3nda RM50,000.

“Takut perkara itu membuatkan dia berada dalam tekanan dan silap hari bulan mengambil jalan singkat serta membvnvh diri. Nauzubillah! Perkara seperti itu yang mahu saya elakkan.

“Saya tahu orang yang mengh1na dan memuat naik di Instagram itu akalnya tidak panjang. Kalau akalnya panjang dia tidak akan berbuat demikian,” katanya.

Atas alasan itu juga katanya, dia masih memikirkan adakah perlu atau tidak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang mengh1na hidung peseknya itu.

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Siti Sarah berasa kecewa apabila hidungnya menjadi bahan send4an dan….. – Timbang tindakan und4ng-und4ng terhadap warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*