“Belum Pernah Saya Berlagak Kaya..” Awi Rafael Tak Tahu Apa Motif Atikah Cakap Macam Tu

“Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja.”

Itu reaksi penyanyi Awi Rafael, 34, ketika mengulas tindakan bekas tunangnya, Atikah Suhaime yang membuat luahan menerusi Instagram Story, baru-baru ini.

Dalam luahan itu, Atikah mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa hubungan hubungan toksik yang ‘mendera’ emosinya meminta wanita lain bertindak sebelum terlambat.

Awi turut menafikan dakwaan Atikah mengatakan dia berpura-pura kaya dan menyalahkan wanita itu apabila rancangan perkahwinan mereka batal.

“Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah.

“Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan buruk. Saya memilih untuk menjadi lebih positif.

“Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing,” katanya memetik laporan BH Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

U’ll only see half the picture, if you don’t know the full story of someone. Don’t judge! Be kind. #LIVEYOURLIFE

A post shared by Awi Rafael (@awirafael) on

Awi yakin orang ramai lebih mengenali siapa dirinya yang sebenar, malah tidak melatah dengan dakwaan dilemparkan Atikah.

“Saya tidak perlu membuat penjelasan. Saya percaya, orang luar juga tahu personaliti saya yang sebenar.

“Saya kasihankan dia. Saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan ini, malah mendoakan dia sentiasa dilindungi Allah. 

“Apa yang berlaku ini, saya anggap sebagai tindakan wanita yang mengikut emosi,” katanya.

Begitulah. Bersangka baik sajalah Awi. Move on dan jalan terus. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

That moment when you just had a fresh shave and u miss your scuffy beard already #IDGAF

A post shared by Awi Rafael (@awirafael) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : – CARI via Khalifah Media

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Belum Pernah Saya Berlagak Kaya..” Awi Rafael Tak Tahu Apa Motif Atikah Cakap Macam Tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*