Jekfer Oh Jekfer! Wajah Kacukan Melayu-Cina Tak Halang Hun Haqeem Bawa Watak Kampung

Pelakon Hun Haqeem mengakui drama Kampung People memberi impak yang besar dalam karier seninya yang baru setahun jagung.

Jelas Hun, sebelum ini terdapat segelintir yang mempertikaikan keupayaannya untuk membawa watak orang kampung memandangkan wajahnya berk4cukan Melayu dan Cina.

“Impak Kampung People untuk populariti saya sangat besar. Saya tak sangka yang semua ini terjadi disebabkan drama tersebut.

“Orang tak sangka yang watak Jaafar itu datang daripada saya.

“Sebelum ini, orang cakap saya mempunyai wajah kacukan jadi bagaimana saya bawa watak sebagai orang kampung.

“Jadi sekarang sudah terbukti lakonan saya berkesan apabila ramai yang menerimanya dengan positif.

“Secara tidak langsung boleh membuka mata semua pihak untuk memberi peluang kepada saya untuk membawa pelbagai jenis watak selepas ini,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah pemilik nama Haqeem Hermy itu, dia tidak berasa gent4r apabila berlakon dengan nama-nama besar.

“Saya tidak mempunyai perasaan t4kut dengan pelakon senior lagi-lagi ini kali pertama saya bersama Rashidi Ishak dan Elly Mazlein.

“Saya lebih memikirkan t4kut menyusahkan orang lain. Saya masih baru jadi saya faham dengan situasi pelakon lain yang mempunyai keluarga di rumah.

“Penggambaran biasalah, kadang-kadang ia memakan masa yang lama. Saya cuba sebaik mungkin menyelesaikan babak secepat mungkin.

“Walaubagaimanapun, pelakon lain memang sangat memahami, mereka langsung tidak memberi tekanan kepada saya.

“Rashidi selalu tenangkan saya dan percaya dengan kebolehan yang ada.

“Alhamdulillah selepas drama ini ditayangkan makin ramai yang mengenali diri saya setelah hampir setahun menunggu saat ini,” katanya lagi.

Selain Hun, Kampung People dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Datuk Fizz Fairuz, Nam Ron dan ramai lagi.

Mula bersiaran pada 11 Disember 2019, drama 13 episod ini bakal melabuhkan tirai hari ini.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Jekfer Oh Jekfer! Wajah Kacukan Melayu-Cina Tak Halang Hun Haqeem Bawa Watak Kampung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*