Anak ‘Pak Abu’ tak minat Kampung People

KUALA LUMPUR: Popular dengan watak Pak Abu dalam Kampung People, Rashidi Ishak mengaku anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri, Vanidah Imran, tidak meminati drama berkenaan.

Rashid memberitahu, anaknya, Maryam Rashika, 16, tidak suka menonton drama terbabit biarpun mencetuskan fenomena ketika disiarkan di slot Lestary TV3.

Namun, anak sulungnya, Mikhail Imran, 19, menjadi penonton setia drama yang turut dibintangi Elly Mazlein, Riena Diana dan Kamal Eqifshah itu.

“Memang ada teman sekolah Maryam yang bertanya mengenai Kampung People kepadanya. Tetapi dia tidak teruja untuk menontonnya.

“Berbeza dengan anak sulung saya yang cukup meminati drama itu. Mikhail beritahu drama itu sangat kelakar dan tidak ketinggalan menonton setiap episod,” katanya kepada BH Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Abu dan Minah . . Haaa? Tinggal satu episod je lagi? Rabu ni episod terakhir dah? Cepatnyaaaa!!! Takpe, untuk korang yang rindukan Minah Selamat boleh je layan Kampung People di Youtube dan juga Tonton. Semua episod ada kat situ. Oh ye, terima kasih lah jugak buat Kampung People trending no 1 di Youtube. Bak kata Minah, best for the future and back to the future rinasensation!!! (Betul ke apa aku tulis ni😆, payah gak sebab si Kepom ni suka2 hati dia je reka bahasa dia sendiri😂). Jangan lupa nanti tengok episod terakhir ok!❤️ . . . Harap semua orang enjoy tengok kerenah ‘Kampung People’. . . ‘Kampung People’ episod terakhir hari rabu, 8hb januari, pukul 9 malam di TV3. . Arahan: @wanhaslizawz Terbitan: @klmotionpicturecompany Lakonan: @iamellymazlein @rienadiana_ @kamaruleqif @_nam_ron_ @razak5780 @haeriyantohassan @hunhaqeem @shahkimin @nazeri_mdisa @shahrilsarjen @azwan_serigala @fizzfairuzofficial . . @dramasangat #dramasangat #TV3Malaysia #KampungPeople #Lestary

A post shared by Rashidi Ishak (@rashidi_ishak) on

Rashidi meluahkan kesyukuran Kampung People mendapat tempat di hati penonton.

Namun, Rashidi tidak terkejut dengan perhatian peminat kerana sudah biasa dengan situasi itu.

“Sebenarnya, daripada sudut populariti, saya fikir tidak banyak berbeza. Tetapi saya tidak menafikan, sedikit sebanyak drama itu membantu saya mengumpul peminat dalam kalangan generasi muda.

“Malah, ada peminat mula memanggil saya ‘Pak Abu’. Saya tiada masalah dengan panggilan itu.

“Apa yang penting, mereka suka drama berkenaan,” katanya yang gembira Kampung People berjaya mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Rashidi berkata, difahamkan, ada keluarga menjadikan acara menonton drama itu secara maraton pada hujung minggu.

“Saya seronok mendapat tahu Kampung People mewujudkan budaya menonton televisyen (TV) dalam kalangan ahli keluarga.

“Ada peminat beritahu mereka menghabiskan hujung minggu bersama keluarga untuk menonton drama itu daripada episod pertama hingga sepuluh.

“Lebih menggembirakan, ada yang beritahu, tiga generasi keluarga berkumpul untuk menonton drama itu.

“Sebagai pelakon, saya gembira dan bersyukur melihat kuasa sebuah drama mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya yang serius berlakon sejak tahun lalu.

Rashidi berkata, dia tidak pernah meninggalkan bidang lakonan. Tetapi mungkin kerana drama lakonan tidak disiarkan TV3, menyebabkan peminat menyangka dirinya sudah tidak aktif,

“Sejak tahun lalu, saya sudah kembali aktif berlakon drama dan filem. Namun, saya dapati apabila muncul di TV3, penerimaan lebih meluas berbanding stesen lain,” katanya yang bakal muncul dengan filem Daulat, tahun ini.

 

Sumber : BH Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Anak ‘Pak Abu’ tak minat Kampung People"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*