Sahabat Sejati! “Happy Birthday Abang,”-Datin Rebecca Rai Hari Jadi Norman Hakim dan Memey

Sebagai tanda persahabatan, pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam dan suaminya Datuk Azam telah menyambut hari ulang tahun kelahiran rakan pelakon Norman Hakim.

Menerusi akaun Instagram milik Rebecca, dia berkongsi momen ketika meraikan hari jadi Norman yang turut ditemani isteri, pelakon Memey Suhaiza.

Dalam pada itu, Rebecca turut mendoakan agar Norman dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

“Happy birthday Abg @normanhakim_786 Semoga Panjang Umur,Murah Rezeki Sentiasa Dan Berbahagia Sentiasa bersama Keluarga TerCinta thank you sayangku mummy Cantik @memeysuhaiza for having me and Hubby today,

“Yeayyy Jadi plan Para isteri, next location after this please. @memeysuhaiza @azambecca @normanhakim_786,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dating sakan kami Hari ni,Alhamdulillah Dgn Rezeki Makan Dan Masa Yg Datang Dari Allah SWT 🤲❤️ #SyukurAlways ,Dah lama sebenarnya Nak dating berpasangan mcm ni dgn kesayangan mummy @azambecca @memeysuhaiza @normanhakim_786 Tapi Masing2 sibuk dgn Kerja Dan anak anak 😆❤️Tapi Hari ni Alhamdulillah Dapat jgk kami dating sempena Birthday abg norman 🎂😁…. . . #mrsazam #lovefriendship #syukuralhamdulillah #syukuralways #08012020 #LoveAlways #memories

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on

Difahamkan, bintang filem Pasrah itu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-44 tahun, semalam.

Majlis hari jadi yang serba ringkas itu diadakan di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. 

Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel 11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun, Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, setahun.

Selain itu, Rebecca juga turut menjaga beberapa orang anak angkat.

Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam

 

Sumber:MH

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Sahabat Sejati! “Happy Birthday Abang,”-Datin Rebecca Rai Hari Jadi Norman Hakim dan Memey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*