Zynakal tak mahu nakal lagi

PENYANYI Zynakal, 21, mengakui baru mengenali siapa kawan dan siapa lawan selepas peristiwa hitam yang menimpanya 28 Ogos tahun lalu apabila ditah4n polis selepas meng4sari seorang pekerja stesen minyak.

Video kejadian itu tular menyebabkan penyanyi bernama sebenar Muhammad Raziq Rosli ini bukan saja dikec4m, tetapi turut dit4han polis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Safely arrived! Alhamdulillah semoga berjumpa lagi Ya Rasulullah❤️

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal) on

“Baru sekarang saya nampak perangai masing-masing. Tak mengapalah, pilihan untuk berkawan itu terletak pada diri masing-masing. Setiap orang ada hak. Mungkin mereka rasa saya bukan kawan mereka. Yang masih kekal bersama saya itu, saya ucapkan alhamdulillah,” katanya yang ditemui pada sidang media pelancaran single Zynakal feat Yonnyboii berjudul Sakit, hari ini.

Selain tudvhan terbabit, Zynakal juga didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Ampang kemudian mengenakan hukvman denda RM800 bagi kesalahan mendatangkan keceder4an dan tambahan dend4 RM2,000 atas kesalahan kedua terhadapnya.

Mengulas kejadian yang berlaku, Zynakal berkata, ia berpunca daripada peny4kit bipolar mania yang dihidapinya.

“Semua orang tahu saya serang pekerja stesen minyak dan ada masalah dengan stesen radio. Sebenarnya, apa yang terjadi memang bukan saya. Selepas kejadian itu, saya dirujuk ke Wad Psikiiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur dan disahkan ada peny4kit bipolar mania. Antara simptom peny4kit ini ialah bersikap agresif, banyak idea dan tidak tidur malam.

“Dua minggu saya diraw4t di hospital dan sekarang saya kena buat raw4tan secara berkala,” katanya.

Menurut Zynakal, sifatnya yang terlalu kuat bekerja menjadi penyumbang kepada peny4kit ini.

“Saya terlalu seronok buat kerja sehinggakan tak tidur selama empat hari. Dalam kejadian itu, pekerja terbabit cuma beritahu saya tak boleh guna kad kredit untuk bayar air. Caranya bukan kasar sangat. Tapi disebabkan saya s4kit, saya naik angin. Kemudian saya halang kerja p0lis pula.

“Selepas dijatuhkan hukvman, saya masih belum tahu saya ada peny4kit ini sehinggalah saya merujuk ke hospital. Itupun atas paksaan kawan-kawan,” katanya.

Zynakal turut menafikan kejadian itu berlaku kerana dia berada di bawah pengaruh ddah.

“Saya tahu isu ini pasti akan dikaitkan. Mungkin orang-orang luar yang bertindak seperti saya ada pengaruh ddah. Tapi untuk saya sendiri memang tidak sama sekali. Ia kerana saya terlalu kuat bekerja dan tak jaga makan. Ketika ditahan saya perlu lalui ujian air k3ncing dan negatif ddah,” katanya.

Dalam pada itu, sebahagian lagu Sakit dicipta oleh Yonnyboii bagi memberi semangat buat Zynakal.

“Kami mula berkawan sejak setahun lalu. Apabila mendengarnya, saya tertarik dengan lagu ini.

“Yonnyboi letak judul awal lagu ini Zyn Jangan Sedih, kemudian ditukar kepada S4kit. Ia berjaya disiapkan hanya satu malam termasuk rakaman. Saya luahkan perasaan dalam lagu itu dan nak orang tahu yang saya sedang s4kit. Setiap bait yang ditulis adalah jujur dan ikhlas,” katanya.

Lagu edaran sepenuhnya Indigital Music ini mencatat empat juta tontonan di YouTube dalam tempoh dua minggu dikeluarkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HM via Apple Hijau

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Zynakal tak mahu nakal lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*