Kenapa Seorang Budak Yang Ada K4nser, Dibiarkan Berjalan Satu KL Untuk Sara Hidup Sedangkan…” Nabila Huda Persoalkan Ibu Bapa Aqish?

Ketika ini kisah Puteri Balqis, pelakon kanak-kanak yang pernah menjulang nama sebagai Pelakon Terbaik Wanita di Anugerah Televisyen Asia sedang tul4r di media sosial.

Puteri Balqis atau panggilan manjanya Aqish dikatakan melalui kesemp1tan hidup dan terpaksa menjual buku puisi yang ditulisnya sendiri di sekitar Kuala Lumpur.

Ramai warganet yang tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh ibu dan ayah Aqish untuk membantu kehidupan mereka dan tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati.

 Terbaru di Twitter, pelakon terkenal Nabila Huda menulis satu persoalan dan ramai yang mengaitkan tulisan tersebut ditujukan kepada keluarga Aqish terutama ibu dan ayahnya.

“Persoalannya, kenapa seorang budak yang ada c4ncer, dibiarkan berjalan satu KL Untuk sara hidup sedangkan ibu bapa Dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna?

“Kenapa seorang budak kena ikat perut,sedangkan ibu dan bapanya mempunyai kemampuan Untuk berjalan,bercakap dgn sempurna?” tulis Nabila di Twitter miliknya.

Malah ketika dipersoal oleh netizen tentang di mana orang yang pernah bersama dengan Aqish suatu ketika dulu, Nabila menjawab bahawa mereka sentiasa ada, sedia membantu dan pernah membantu.

Kisah Puteri Balqis ini pernah menjadi tumpuan ramai apabila did4kwa meng1dap k4nser namun Gempak pernah menemubual ibu Aqish sendiri dan diberitahu Aqish mengidap hep4titis yang membawa kepada masalah hati.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kenapa Seorang Budak Yang Ada K4nser, Dibiarkan Berjalan Satu KL Untuk Sara Hidup Sedangkan…” Nabila Huda Persoalkan Ibu Bapa Aqish?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*