Upin & Ipin gagal ke Oscars

FILEM animasi tempatan, Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal gagal melangkah ke pencalonan akhir Anugerah Akademi atau lebih dikenali sebagai Oscars ke-92 dalam kategori Filem Animasi Rencana Terbaik.

Pengarah Isi Kandungan Kreatif Les’ Copaque Production, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, pihaknya tidak berasa kecewa sebaliknya akan terus menghasilkan karya animasi terbaik untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.

“Filem ini adalah filem animasi Malaysia pertama yang disenarai pendek dalam acara anugerah itu dan ia menjadi kebanggaan buat kami.

“Selepas ini, ada lebih banyak lagi karya animasi daripada Les’ Copaque,” katanya kepada Harian Metro.

Naquyah turut mengucapkan jutaan terima kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perjalanan Les’ Copaque dan filem animasi itu.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tumpang gembira dan menyokong perjalanan filem ini menuju Oscars,” katanya.

Pengumuman senarai calon Anugerah Oscars dibuat menerusi laman web dan saluran YouTube Oscars sekitar jam 9 malam tadi.

Lima filem yang berjaya tercalon dalam kategori itu adalah How To Train Your Dragon: The Hidden World, I Lost My Body, Klaus, Missing Link dan Toy Story 4.

Anugerah Oscars bakal berlangsung pada 9 Februari ini.

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Upin & Ipin gagal ke Oscars"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*