Single Terbaru Siti Sarah, ‘Dap…Dap…Dap’ Terima Pujian Ramai

Siti Sarah, penyanyi bertubuh kecil namun vokal miliknya cukup terbaik. Cukup familiar dengan lagu dengan genre R&B, Siti Sarah baru-baru ini hadir dengan lagu terbarunya yang berjudul, ‘Dap…Dap..Dap’.

Lagu tersebut baru dimuatnaik beberapa hari lalu di YouTube dengan lirik telah meraih hampir 30 ribu tontonan.

Lagu Dap…Dap…Dap ini adalah hasil ciptaan penuh oleh Yonnyboii. Masih dalam genre R&B, lagu ini cukup catchy dan boleh layan!

Jika anda masih belum mendengarkannya, boleh layan melalui video berikut:

https://youtu.be/_YnULAjzS5Q

Cara nyanyian Siti Sarah kali ini agak berbeza dari yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Penuh attitude dan slang yang boleh tahan hebatnya. Malah lagu ini juga fresh dan mengikut trend terkini.

Liriknya juga cukup rasa sehingga mudah ‘melekat di kepala’. Rasanya jika lagu ini sering diputarkan di radio tempatan pasti akan menjadi hit!

Siti Sarah / Sumber: IG Siti Sarah
Siti Sarah / Sumber: IG Siti Sarah

Di ruangan komen rata-rata netizen turut bersetuju lagu Dap…Dap…Dap dari Siti Sarah ini memang boleh layan. Berikut antara komen yang ditinggalkan:

“Wow melody macam bbnu..Tahniah very good try menjadi beb…Sedap lagu dap dap dap. Catchy…merdu..unique dan urban…”

dap…dap..dap siti sarah 1a

“Kurang rasa rindu ku pada Lailerss terbaik kak Siti Sarah”

dap…dap..dap siti sarah 2a

“Sedap lagu ni, memang dap dap dap sangat hehe. Tak bosan pun”

dap…dap..dap siti sarah 3a

Untuk info Siti Sarah, antara lagu Siti Sarah yang menjadi hit sebelum ini adalah Semakin, Kesetiaan, Jangan Kau Mimpi dan banyak lagi.

Sumber: Indigital Music/HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Single Terbaru Siti Sarah, ‘Dap…Dap…Dap’ Terima Pujian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*