“Pengalaman Beberapa Kali Pernah Kegvgvran Membuatkan…”- Fasha Sandha Sah Kini H4mil

Pelakon Fasha Sandha, 35, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mengesahkan diirinya kini sedang hamil.

Namun Fasha berkata kepada Harian Metro pengalaman mengalami kegvgvran pada Jun lalu membuatkan dirinya masih fob1a dan tidak akan berkongsi usia kandungannya.

“Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.

“Pengalaman beberapa kali pernah kegvgvran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fob1a atas pengalaman lalu.

“Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya.

 Menurut Fasha, dia sedang berehat daripada terbabit dalam penggambaran drama.

“Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,” katanya.

Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac lalu berkongsi berita kehamilan pada Mei.

Namun, Fasha diberitakan mengalami kegvgvran selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan.

Sekali lagi, pada November lalu Fasha dikhabarkan hamil. Bagaimanapun, dia yang ditemui pada sebuah acara tidak mengesah atau menafikan perkara itu.

Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Sumber: Harian Metro

 

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Pengalaman Beberapa Kali Pernah Kegvgvran Membuatkan…”- Fasha Sandha Sah Kini H4mil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*