“Disini ‘bumi mekah’ aku memohon, disini juga aku bawa hasilnya”

 

Setiap pasangan selepas mendirikan rumah tangga, pasti menginginkan untuk mempunyai zuriat pula. Meskipun begitu, ada juga yang menantikan kedatangan cahaya mata bertahun-tahun namun ada juga sebaliknya.

Begitu jugalah yang dialami oleh pasangan usahawan dan Instafamous, Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina. Pasangan ini bersama cahaya mata sulungnya, Raisya Arisa bagaimanapun kini difahamkan sedang berada ditanah suci, Makkah,

Terbaru, perkongsian tentang penantiannya menantikan zuriat juga dikongsikan oleh Hafiz Mahamad sehingga meraih perhatian ramai.

“Baby I love you so much…”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Babyyyyy, I love you so much 💕 Daddy syukur juga niat daddy nak bawa awak ke Tanah Suci ni sayang @raisyaarisa

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Ujar usahawan ini, selepas berkahwin dia dan isteri sangat mahukan anak dan mengatakan sudah pelbagai usaha dilakukan namun rezeki untuk memiliki zuriat tidak kesampaian ketika itu.

Namun pasangan ini tetap sabar dan ketika rakannya pergi menunaikan ibadah haji, dia telah mengirimkan doa dan membuatkan dia sangat bersyukur selepas 2 minggu, isterinya itu hamil.

Rezeki selepas 6 bulan isterinya itu hamil, katanya mereka ke bumi mekah bagi menunaikan umrah yang pertama.

“Disini ‘bumi mekah’ aku memohon…”

VIDEO;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

DISINI “BUMI MEKAH” AKU MEMOHON, DISINI JUGA AKU BAWA HASILNYA Anakku, Selepas kahwin, Daddy & mummy nak sangat ada anak. Usaha macam macam, rezeki anak tak sampai lagi. Tapi kami sabar Waktu kawan daddy pergi haji, daddy kirim doa. Alhamdulilah selepas 2 minggu, mummy pregnant! Rezeki selepas 6 bulan mummy pregnant, kami ke sini untuk laksanakan Umrah yg pertama Apa daddy minta dekat depan Kaabah waktu tu? Daddy mohon dekat Allah, semoga anak dalam kandungan ni sihat, cantik, hartawan & dermawan & semoga Raisya dapat rasa suasana di kota mekah ni. Selesai je Umrah pertama, daddy doa supaya dijemput lagi kesini Alhamdulilah selepas beberapa bulan, daddy pergi lagi ke Mekah untuk kali ke 2, daddy pergi tanpa mummy sebab awak baru 3 bulan. Daddy doa, daddy nak bawa anak daddy datang Mekah. Daddy teringin nak bawa awak tengok Kaabah Ni kali ke tiga daddy kesini, Keluarga kecil kita semua ada. Apa daddy nak kalini di Umrah? Daddy nak awak ingat kisah ini Daddy mohon pada pemberi rezeki untuk ada awak dalam hidup daddy. Allah bagi, sekarang daddy bawa kamu ke sini untuk kamu tahu Jangan pernah lupa kamu ada disebabkan DOA IBU BAPA KAMU DISINI. ALLAH MAKBULKAN. Bila kamu besar, usahalah sendiri untuk kesini, sujud syukur lah kepadanya Jangan leka dek “HARTA” anakku. Kongsikan & bantu ramai orang Islam. Jadi lah anak yg baik, solehah & beri manfaat pada orang 💕

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Perkongsian video disamping memberikan nasihat buat anaknya itu nanti membuatkan netizen turut mendoakan keluarga bahagia ini.

“Daddy nak awak ingat kisah ini. Daddy mohon pada pemberi rezeki untuk ada awak dalam hidup daddy. Allah bagi, sekarang daddy bawa kamu ke sini untuk kamu tahu…”

Dalam pada itu, Hafiz Mahamad turut berkongsikan mengenai isterinya yang datang ke sana untuk berdoa mengenai jodoh mereka.

“Disini ‘Jabbar Rahmah’ isteri datang untuk doa…”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Disini “Jabbar Rahmah” isteri datang untuk doa tentang jodoh kami dulu, Alhamdulilah dimakbulkan Saya percaya dia jodoh saya, hanya perlu usaha & laksanakan tanggungjawab dengan baik. Mereka ini kiriman Allah kepada saya sebagai ketua keluarga 2 insan ni sangat bermakna dalam hidup, lelaki mmg akan lemah tanpa anak & isteri. Kaya macamana pun, kuat macamana pun. Bila isteri sakit hati, hati suami akan ttp susah Terima Kasih Mummy & Raisya, semoga keluarga kecil kita kekal bahagia & senang dunia akhirat Setialah dalam ber”cinta”, bila mula kenal kita akan nampak semua cantik. Bila dh lama, kita hanya lihat keburukan sahaja Bukan kecantikan tu yg pudar, tapi hati kita yg pudar. Balik pada Allah & doa supaya jodoh kita sentiasa ada dihati kita untuk dia bahagia 💕

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Perkongsian daripada Hafiz Mahamad membuatkan netizen turut bersyukur melihat kebahagian mereka dan mendoakan agar mereka juga terus sihat.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad / HCL

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Disini ‘bumi mekah’ aku memohon, disini juga aku bawa hasilnya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*